CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

jimbaramba

gila banyak entry emo dalam blog. sudah2 la kan beremo-emo.

went to KL last week....t'was very nice. spent time with incik chentahati. spent time with qad. spent time with wani. spent time with incik zane..somehow i didn't have chance to spent time with amon, fifa, enat. sorry enat. sorry fifa. amon?gua tanak mintak sorry same lu. lu bz je kn. xpe2..bz untuk kaye raye. nnti ko leh la sponsor majlis tunang majlis kawen aku. =) *tenkiu ummi babah adik amon*

1st day (23122009)

start the journey to KL with my collegue/friend: wan yusrina wan yusuff. she drove all the way from kedah to kl. in four hours. a new record for her. sampai KL je drive mula la nak maki hamun. mwahahahahaha..

then went to KL central. heading to UIA *wootwoot*. incik zane pick me up at terminel putra. lalalalalala lepak2 dengan beliau. bercerita tentang para pelajar kolej swasta masakini yang manja. lalalalalalala (sgt sukar ye mengajar). then went to qad's room. mwahahaha.lepak2 then tdo. (soknye mau dating!)

2nd day (24122009)
dating day!!!!yeay!!after few months we didn't see each other. kali ini dapat jumpe. okay spent time dengan nonton movies. (newmoon+swordwarriors) *okies saya sedar akan keterlewatan saya menonton pilem2 itu tapi sayapunysukaatila.!* makan2..then sesi berjalan2. mkn2 lagi. makanye berlakulah sesi bercerita tentang hal2 peribadi. sembang2 lagi dan lagi dan lagi. then balek.

btw, x bole nak soping jika ada paciq ni. byk sgt ngomel. makanye bila dgn dia. jalan2 tgk dlu then ade membe baru soping. haishhhh.

3rd day (25122009)
jinglebell jinglebell jingle all the way...*bunyiloceng* bangun tdo+lepak2+mkn+tunggu wani dtg. wani sampai je ktorg sume siap laju. pegi Jusco W.Maju. Shopping!!!!!!

4th day (26122009)
balek balek. tapi before yus pic me up at KL centra. got the chance to meet incik chentahati for a while. bagi dia t shirt sehelai. YEAY!

then memulakan journye balek kedah. owh2 tapi lepas ambik kiroh, kami ke OU dulu. shopping lagi...muahahahhaa..

ok sekian.

Monday, December 28, 2009

.


aku seakan boneka
hati dan perasaan seakan tak wujud
kadang aku ditatang
kadang aku disayangi
ada waktu mereka seperti tak endahkan kewujudanku disini
ada masa aku tak dipeduli
acapkali hati diguris
seringkali perasaan aku diabaikan
tapi ada sekian waktu mereka sempurnakan hidup aku
ada ketika mereka buat aku ketawa
namun
gembira hanya sementara
aku pelik
andai aku dibenci
kenapa aku masih disini
kenapa tak dibuang saja?
usah sakiti hati aku lagi
usah guris perasaan aku
tolong.

Sunday, December 27, 2009

diam

kembali ke rumah. setelah beberapa hari aku di kuala lumpur. ada perasaan yang asing dalam hati aku. sukar untuk aku rungkaikan sebabnya. terlalu komplikated. kamu mungkin akan cakap entry aku semuanya emo2. tapi kamu sendiri tak pernah tahu apa aku alami. jadi jangan berkata apa2.

Tuesday, December 22, 2009

bersalahkah aku jika aku persoalkan apa dalam hatimu
berdosakah aku andai aku ingin tahu apa di benakmu


aku dh penat. kamu buat aku seperti tak punya hati dan perasaan. melayani aku seperti aku patung tak bernyawa yang bodoh. aku bukan perempuan bodoh yang kamu boleh mainkan hati dan perasaanku. hentikan semua ini. tolong. hentikan.

Thursday, December 17, 2009

alasan.

penat la.
lepas ni aku tanak macam ni lagi.
sudah2 la treat people macam ni..
amirul yang dajah5 tuh reti pk nak guna common sense.
reti2 la guna common sense tu.

Tuesday, December 15, 2009

setelah sekian lama

hidup ini memang tak pernah adil kan? ada masa aku rasa macam aku sangat bahagia. ada masa aku rasa hidup aku kosong. aku seperti mahu lari tinggalkan semuanya. biar aku jauh dari segala masalah. rimas! aku bukan lagi boneka yang boleh kau mainkan. beri ruang dan peluang untuk aku bernafas sendiri. bagi aku peluang untuk belajar sesuatu tentang kehidupan ini sendiri.

dalam diam hati merintih
dalam diam hati menangis
dalam diam hati dibiar terluka
dalam diam hati merana

dalam diam aku bermimpi
dalam diam aku berharap
dalam diam aku berdoa
dalam diam aku lontarkan kemarahan

kenapa hidup membelakangi aku
kenapa hidup menzalimi aku
kenapa perlu hati aku dilukai
kenapa perlu aku simpan semuanya

kenapa bahagia cuma dalam mimpiku
kenapa aku cuma mampu berharap
kenapa marahku masih berbaki

biar aku teruskan hidup
dalam anganku
dalam mimpiku
dalam doaku


Thursday, December 10, 2009

go away

stay away from me.
stay away from my friends.

we can never be with you
you have hurt us to the utmost

trust that have been given
been broken by you

we never ask for any help
we never ask for any things

it was you
now,

you are saying we are neglecting you

but!

have you ever reflect upon yourself?
look at yourself?
because it is you all this while.

Thursday, December 3, 2009

pelik.

kenapa perlu berbangga andai kita belum tentu mampu untuk miliki semua itu?

aku tak paham dengan kerenah sesetengah orang. pantang lihat rakan2 lain berjaya. pasti akan timbul rasa tak puas hati dan mula nak bermasam muka. bagi aku, andai mereka mampu miliki sesuatu, pasti aku juga mampu cuma aku perlu masa untuk capai segalanya. aku sedar, dalam hidup, tak semua datang bergolek. aku sendiri tak mampu. aku berbelanja ikut kemampuan. aku peka dengan kemampuan kawan2 aku. jadi tak perlu rasanya untuk aku bermasam muka atau tak puas hati dengan kejayaan mereka.

satu perkara yang aku sendiri pelik, kamu belum tentu mampu tapi kamu merendah-rendahkan barang2 milik orang lain. adilkah itu?

apa masalah kamu sebenarnya?
dah lama aku diam kan hal ini. biar la aku ada apa yang aku ada sekarang.
aku belum mampu untuk hidup melebihi apa yang aku perolehi.

Thursday, November 12, 2009

tak seindah rupa

sering aku melihat
muka kamu berubah
tiap kali berhadapan dengan muka mereka

jika mereka gembira
riak muka kamu jadi gembira

jika mereka bersedih
kamu turut bersedih

jika mereka tiada disisi kamu
kamu mula berubah laku

kamu asyik bercerita
perihal mereka

satu persatu kisah mereka
kamu kisahkan

ternyata
kamu lebih suka
bermuka-muka.

tiada tajuk

serius.

aku rasa rindu pada setudent2 aku.

mereka setuden aku yang pertama

mereka comel cuma kadang2 mereka boleh buat aku naek angin.

malam2 lepas,

aku msj salah seorang dari mereka

aku kate, nnti sem dpn msti dh xrapat dgn lecture yg sem nih kn?
dia kate manede miss...saya ag suke kalau miss yang dpt ajar saye next sem. dah biase ngan miss..
dia mmg rapat dgn saya.
selalu bising saya tdo awal n dia xde membe nk merepek.

jgn salah sangka. dia ini macam adik saya.

sem depan grouping mereka dh berbeza. sedih. mahu pelajar2 yang sama.

saya yakin

saya akan rindu mereka.

.

aku sudah jelak
hati sudah muak

kamu sudah selalu mainkan hati aku
kamu sudah selalu buat aku menangis

biar kali ini
aku pergi jauh dari kamu

kamu pasti rasa gembira
bila aku tak lagi dekat dengan kamu


p/s: permisi dulu ya kekasih.

bebelan mama


Mama tak ada dirumah. dia di rumah pak ngah di Rawang. Menjadi babysitter pada kanak2 ribena dan kanak2 blackcurrent kat sana sebab pakngah n makngah meneman tok n tokwan saya ke Tanah Suci.

sekarang, saya rasa rindu dengan mama.

mama saya garang. riak muka beliau menampakkan yang beliau sangat serius. ada kawan saya takut dengan mama saya.

mama saya sangat comel. dia senang terasa hati kalau saya terlampau degil. *maaf ma..adik bukan anak yang baik kn??*

mama penah cakap, "tipulah kalau boleh adil dalam berkasih sayang. macam mana pun mesti akan ada lebih sikit sayang tuh pada individu yang berbeza."

serius. saya pernah menangis dengar kata2 itu. tapi lama2 saya paham. bukan mama tak sayang. cuma mungkin sayang mama pada saya lain dari sayang mama pada kakak. takesah la ma..
'adik ada mama seorang sahaja. even dah kawin nanti dapat mama mertua. still, MAMA YANG TERBAEK!!'

Tuesday, November 10, 2009

*sigh*

13-15 nov. 2009:: cinta sayang golf & country club ::
16-21.nov. 2009 ::UITM Puncak Alam, Shah Alam. ::
22.nov.2009 ::invigilate FINAL EXAM (bdk2 AA+AB) 9am-12noon ::


phewwww...i know people....it's hectic....my life is hectic! My students are going to sit for their final and luckily my paper will be on the last day...i would be there to give them supports though i know some of them hate me. but watdehel?? there are others who still want me to be there.


i really hope they will be ok esp for my subject. plis3...(tadahtanganberdoa). i've tried my best to help them...

Sunday, November 8, 2009

owkaaaaaaayyyy

ooowkay

fine
kamu udah mau kawen sama dia

dia yang pernah buat aku terawang-awang dulu

dia yang pernah buat aku bahagia dulu

dia yang pernah buat aku senyum dulu

fine babe.

aku tak kesah langsung

sebab aku dah dapat orang yang lagi bagus

okeh?

mental block

i try to write

but nothing came out

there are words

but i cannot form them to be sentences

there's a story to be told

but i can't never let it out

Tuesday, November 3, 2009

terharu

ada teman menyuarakan pendapat
kata dia
dia sedar saya amat sayang pada 'si dia'
itu benar
dan teman itu katakan
dia doakan saya dan 'si dia'
dia doakan jodoh saya dan 'si dia' berpanjangan
teman saya juga doakan
'si dia' untuk terus menjaga saya

terima kasih teman
saya tahu
andai nanti kamu menjengah blog saya
kamu tahu
ucapan terima kasih itu
khas buat kamu

kamu tahu
aku sayang kamu

i came, i see and i wrote

i wrote what is inside my mind...
it maybe about me
it maybe about others
experiences give me the ideas
every bit of my words come from what i hear and what i see.

you may find it absurd
you may say that i am talking nonsense.
mind you,
I DON'T CARE babes.
it's my world
it's my view
and
it's my words.

Monday, November 2, 2009

aku mahu jadi boneka tanpa tali

salah jika terus berdiam
bila soalan aku lontarkan
kau balas dengan pandangan kosong

aku bukan boneka
yang tak memahami cara kamu
yang boleh kau perbodohkan

bila aku tanya kenapa
kau membisu
andai aku dewa dari langit
mungkin aku bisa fahami

sedarlah
aku sudah terlalu lama mencuba
jadi yang terbaik untuk kamu
tapi kamu buta.

kamu terlalu dominan
kamu sentiasa mahu berkuasa
sedarlah
aku juga punya hati
aku juga punya fikiran

jangan buat aku seperti
boneka bertali
dimana kamu boleh
merencanakan susun atur
hidup aku

forgive not forget

i may have said that i forgive you

deep inside

i could never forget

things that you said

things that you have done

i know

that i should have forget and forgive

all those things

but

even the blood has been wiped out

the scars remain.

Sunday, November 1, 2009

perjuangan belum selesai

kisah baru hidup aku baru bermula

aku rasa bahagia

namun ada ketika

hati bagai dicalar dengan sikap mereka

tetapi

hati tetap sayang pada mereka

aku anggap mereka seperti adik

yang perlu dibantu

walau apa

aku akan cuba untuk teruskan perjuangan yang baru aku lalui ini.

Friday, October 16, 2009

jauh

kenapa aku terus merasakan sedikit demi sedikit dia menghilang dari aku?

Thursday, October 15, 2009

.......

si dia dah hampir tiba di Sabah. Saya sedih tp saya sedar saya harus gembira bersama dengan dia kerana dia gembira. maaf jika saya seperti pentingkan diri sendiri. saya takut sebenarnya.

kekasih
hati menjadi kusut
memikirkan tentang kita
kamu jauh diselatan
aku masih diutara

kekasih
janji jangan lupakan aku
janji jangan pernah sakitkan hati aku
janji jangan lukakan hati aku
janji jangan calarkan kepercayaanku

kekasih
walau nanti kita menjauh
percayalah
hati ini hanya tertulis nama kamu
cinta ini hanya pada kamu
rindu ini hanya untuk kamu

kekasih
tolong berikan aku sedikit kekuatan
supaya nanti aku tidak kekok tanpa kamu
tolong beri aku ketenangan
biar aku bisa terus tersenyum

kekasih
kamu boleh kamu berjanji untuk terus denganku?

Gadis Jelita dan Dua Rakan Alami Trauma.

Alor Setar, 16 oktober 2009: sebuah kereta Myvi telah merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Kilang Tebu, disini semalam.

kejadian dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang. kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang gadis jelita berkebaya merah. Saksi kejadian memberitahu, sebelum kejadian, gadis jelita tersebut mahu membetulkan kedudukan tayar keretanya. namun atas akibat keadaan diri beliau yang sangat penat, beliau bertindak diluar kawalan dimana beliau didapati menekan pedal minyak dan terus merempuh pintu pagar rumah berkenaan.

gadis jelita yang juga pemilik Myvi berkenaan mengalami trauma yang agak teruk kerana beliau baru sahaja memiliki lesen memandu dan semalam merupakan genap sebulan umur kereta tersebut.

dua lagi rakan beliau yang juga saksi kejadian turut mengalami trauma dan sehubungan dengan itu, mereka bertiga mengambil cuti sakit dan berehat dirumah.

Wednesday, October 14, 2009

farewell and goodbye (selamat tinggal)

Episod hidup saya di UIA@IIUM sudah pun berakhir. sedih!

esok encik chenta hati akan berangkat ke Sabah selama dua minggu, mungkin lepas dua minggu tu dia akan sibuk dengan tugasan ditempat praktikal (mungkin di JOHOR BAHRU) makanya, saya sangat atau tersangat sedih. saya macam tak mampu nak ucapkan apa2 ag dah. saya gembira untuk dia. tapi saya takut memikirkan keadaan yang mcm ni. saya nak menangis. tapi belum mampu untuk menangis. tak tau kenapa. dan sekarang, saya semakin dapat merasakan yang kehidupan saya akan menjadi semakin sunyi. kawan2 baek semakin menjauh. kawan2 uia dah sememangnya jauh,dan encik chenta hati juga sangat jauh. SEDIH!!

Thursday, October 8, 2009

i don't have any reason to smile.

has been a long time since i write a new entry, but today, i do feel like i need to write something. there's a feeling deep inside urging to get out.

mula2 rasa sangat kecewa bila cuti seminggu yang dipohon kena reject bulat2 oleh "SIRAM"....sepanjang perjalanan balek kami memaki hamun dia.

tapi, bila difikirkan, encik is masih didarat semasa convo nanti. hati sedikit terubat.

tapi.........tadi, encik is cakap, esok dia kena balik BP. sabtu, isnin n selasa ada kerja dengan lawyer dan court.

makna kata, dia xde la mase sy convo nanti.

jujur saya katakan, hati sy sangat sedih. sy masih boleh terima andai dia tak dapat datang sebab sedang belayar.

entah la..x patot sy jadi selfish kan?

Saturday, September 26, 2009

f.r.i.e.n.d. (s)

an awkward raya for me. i mean those passed years i didn't go out to my friends' house because i didn't have any transport..but dis year, i mean dis particular year 2009, i have my own car and driving license but STILL have not went to any of my friends' house. too many reasons.
1: my wish to 'beraya' is not granted by dad.
2: ALL of my friends and that include me are too BUSY with our family.
3: still, permission not granted by daddy..

tsktsktsk

nvm, once i dh biasa drive, i'll go to ur house dearest friends...and we can go to PENANG!! as we planned.

n those who read dis blog (AS IF ADE ORG BCE)


tlg comment pic sy nih!

Friday, September 18, 2009

another emo entry

raya dah hampir tiba.
tibatiba kami seperti bergaduh kecil..
bukan apa.
saya agak berkecilhati dengan dia..
dia sangat sibuk..
bila saya tanya kenapa?
dia tak mahu beritahu sejujurnya kenapa.
susah sangat ke?
salah ke nak tahu kenapa?

saya sedih.
tapi saya tak punya tempat mahu mengadu
semalam saya sakit kepala.
minta dia temankan
tapi dia menolak
kerana dia sangat sibuk..
kadangkadang sibuk dengan perniagaan yang dia jalankan.
kadangkadang sibuk luangkan masa dengan temanteman dia.
hmm...
take good care of yourself my love..
be happy during raya..
forget me not..

saya mintak ampun mintak maaf
andai ada terkasar bahasa yang mengguris hati
harap halal makan minum barangbarang yang awak bagi.
saya sayang awak.
saya rindu awak.
saya perlu awak.

Wednesday, September 16, 2009

don't ask me why..

i feel like crying...

i don't know why...

don't ask me why...

i don't have the reason why...

all i know now,

i miss him...

we rarely sms each other..

we rarely spoke to each other...

he seems to be busy...

with business

with friends

with family

and

when i mentioned that he only have time for me during sahur,

he seems to be upset

but does he knows that deep inside i am bleeding?

Wednesday, September 9, 2009

i hate my life...

seriously i wanna go back to uia together with all my friends....

i miss them soo much...

Monday, September 7, 2009

dengan ini saya mengumumkan bahawasanya...

yeay....

selamat hari raya....

eh eh belum.....ampun.. *semangat berhari raya*

tahun nih seronok taw..*sile tnye kenapa?*

okeh.....sebenarny
a...tahun ini kan..saye dan encik chenta hati akan berhari raya dengan baju yang sedondon..yeayyyyyy!! *sile senyum*

tapi...tapi....tapi kitorang jauh~ encik chenta hati kat batu pahat...saya kat kedah...*sile simpati* *terima kasih*

sile menongkat dagu dan bayangkan kami berpakaian sedondon kaler hijau...hehe
hehe *boleh la nk muntah tp nnti batal pose padan muka*



Friday, September 4, 2009

andai tibanya waktu..........................................

"kenapa awak cepat sangat sensitif skrg?"


satu soalan dari awak.

saya hampir menangis sesubuh pagi tadi.

bukan apa, cuma saya rasa awak masih belum kenal saya.

sedih.

awak sedar tak awak banyak berubah sekarang?

saya tak kisah awak sibuk.

saya cuma nak tahu sibuk dengan apa?

entah la awak.

orang lain fikir kita bahagia.

saya tak rasa macam tu sekarang.

saya rasa kehilangan awak yang pernah saya kenal dulu.

mungkin bagi awak ini perkara biasa.

pagi tadi, awak salahkan saya kenapa tak bertanya dulu,

sedar tak yang selama ini, kalau awak dengan rakan-rakan awak,
sangat susah untuk awak balas sms saya.

awak,
memang saya sensitif.
sebab saya rasa kita makin jauh.
saya dah tak rasa bahagia macam dulu.

maafkan saya kerana ada perasaan begini.
saya kecewa.

Tuesday, September 1, 2009

baby come back...

i miss him

he's been busy.
so busy lately.
these few days there are only one or two sms from him.
few phone calls.
T_______T

i don't know what is he up to lately.
when i asked him..
"busy wat ape?"
he told me
"ade la keje sket"
i asked
"keje ape?"
and he answers
"keje la..xkn nk gtaw awak sume ape saye buat."
*silent*

honestly, i'm hurt.
it feels like i am nothing to him so why should he told me everything.
i am not trying to control his life.
i am only wanted to know.
since then,
i never asked the same question.

and this morning,
i text him.
telling him what happen.
but he never replied.
T____T
sad.
i am not a crybaby.
but when it comes to things that involved life and death.
i think he should show some concern.

seriously, i feel like he doesn't care.

if you read this entry,
i only wish that you would show me that you care.
we rarely meet,
sms and phone calls are the only things that make us closer.
bukan niat nk control hidup awak.
cuma nak tahu.
jangan sampai bila orang tanya saya pasal awak
saya tade jawapan tu.
"berat sangat ke permintaan saya?"

T___________T


p/s:
I LOVE U.

Monday, August 31, 2009

ANSWER ME PLEASE

is it wrong for me to ask him what seems to make him busy these days????

Sunday, August 23, 2009

empty corner for an empty soul

there is an empty corner
dark and silent
as no one was there
but me,
i sat there all alone

there is an empty corner
where i sat
and cried

there is an empty corner
that was empty all along
the place that i will be
for the rest of my life.

Saturday, August 22, 2009

quick update!

ramadhan tiba lagi...

seems like nothing has change.

i wish this ramadhan would be a starting point to:

1.i'll be a better person
2.our relationship will be better day by day
3.mama and me will be as usual. not like these few days.. *sobssobs*
4.i'll be a better educator to all my students.

Monday, August 17, 2009

am not that happy

i am not that happy with things that has been going on in life currently.
it is not that i am not happy to works here but i don't really feel like i belong here.
i am not sure why.
and last night.
i was ok and in the right mood.
suddenly mama's mood change a little bit and i was not really sure what happen but i am not happy with the changes.
and last night when i was on the phone with him.
he sounds as if he is not in the right mood.
he sounds as if he was not talking to me.
as if i was only his friends.
but I AM NOT ok??

Saturday, August 15, 2009

c.e.r.i.t.a

aku punya kisah sendiri
kamu juga ada jalan cerita kamu sendiri
kisah kita berbeza
tetapi
kamu dan aku
adalah satu
kisah kita bertemu
dan disini
kita satukan cerita kita
asalnya kita
watak yang berbeza
kini
kita masih lagi watak yang berbeza
didalam satu cerita

owh pleeeeeeaaaaaassseeee

mama
please......
let me and babah take u to the clinic
or we can just call abang rizal for help...
i just need to know what happen and how to prevent it....
so that it won't happen again..

please mama
i'm scared and worried

Wednesday, August 12, 2009

bukan tak percaya


encik chenta hati

awak..
saya suka sangat gambar ni...
saya suka tengok sebab nampak kemas...
dalam diam
banyak kali saya tatap gambar ni...
dalam hati saya cakap
"hensem la~"

tibatiba jadi takut
kalau saya cakap hensem
mesti akan ada orang yang tibatiba akan suka awak
tambah lagi
bila tengok gambar ni
bukan tak percaya kat awak
tapi saya rasa rendah diri
saya rasa saya bukan siapasiapa

awak chentahati saya
awak bijak
awak ada matlamat dalam hidup
awak baek
awak hensem

saya?
macam tak punya apaapa
mesti awak akan cakap saya tak percaya awak kan?
tapi sebenarnya saya takut diri saya tersingkir dari hati awak
saya percaya awak
tapi saya takut akan ada insan lain
yang cuba dapatkan awak dari saya
dan cuba singkirkan saya jauhjauh dari hati awak

awak
janji dengan saya
kita akan terus bersama

Tuesday, August 11, 2009

belai daku selalu ya sayang.....

sekian lama aku tak memanja kan blog ini...bukan kerana aku suda punya pengganti tapi aku terlalu berkeadaan sibuk..sibuk mencari rezeki (tp gaji lom masuk...)

berbalik dan terbalik pada tajuk entri pada kali ini...

sesungguhnya hati mula terpaut pada dia sejak kali pertama kami bersua...saat aku berada bersama dia...terus hati terpaut..macam dah tak boleh dipisahkan....kalau boleh mahu berdamping dengannya setiap saat...aku suka dibelai manja olehnya...aku suka cara dia yang buat aku selesa..bila duduk dipangkuan dia...muncul satu rasa yang sukar nak digambarkan....seringkali bila bersama dia...rasa cinta makin membuak-buak...tapi ketika itu..dia bukan milik aku.....

dia kepunyaan insan lain...teman aku sendiri...tiap kali kami berjumpa...pasti aku berpura-pura seperti tidak punya rasa cinta pada dia kerana temanku ada bersama....tapi aku tahu...satu hari nanti dia pasti jadi milik aku kerana kami telah lama bersatu...baik fizikal mahupun emosi....dia mengikat aku untuk terus berusaha mendapatkan dia...aku juga akur dengan permintaan dia...aku berjanji aku akan jadikan hubungan kami sebagai hubungan yang sah....dah terlalu lama kami berhubung tanpa ikatan yang sah....

kini..masanya hampir tiba....tak sabar rasanya...ingin aku belai dia setiap masa...berada dengannya setiap detik....aku janji..aku akan memanjakan dia selamanya...aku menanti masa kami akan bersatu dengan ikatan yang sah....sungguh tak sabar rasa dihati....sudah lama tak bermesra dengan dia...rindu membuak-buak.....rasa seperti bila dapat bersama dah tak mahu berpisah walau seinci....biar panasku disejukkan oleh dia....biar dia melindungi aku...

owh..maaf...lupa mahu kenalkan si dia yang aku sayangi ini....





inilah dia si dia yang aku nanti-nantikan...saat kita akan tiba sayang!!!


p/s: mesti dah pikir aku nih dah cakap benda bukan2 kan?

Sunday, July 12, 2009

awak!!











i

miss

u




Wednesday, July 8, 2009

cobaan bunuh diri peringkat minor


injured...rakan2 tolong ye fokus bila mengendalikan aktiviti memasak didapur atau apa jua aktivit..jangan jadi seperti saya...telah memotong jari manis ketika memotong bawang besar sewaktu mahu mula memasak hidangan udang goreng kunyit pada mama. mama saya puasa. jadi saya mahu tolong beliau (oh.saya tak puasa sebab saya tengah cuti bulan2).

ye. saya kurang fokus ketika kejadian menimpa. jasad didapur tapi minda dan hati teringat pada sms yang saya kirimkan pada encik chenta hati. lalu saya merencanakan apa yang beliau akan balas. sedar-sedar darah menitik *tuptaptuptaptuptap*. saya dengan separa menangis membasuh luka dan berlari ke bilik untuk mengambil kapas. dalam perjalanan darah menitis lagi.*tuptaptuptaptuptap* setelah diletakkan kapas saya kembali ke dapur. mula mencari arah. tiba-tiba nampak kelibat babah (bukan keliwon ye rakan-rakan) maka dengan muka hampir separa menangis saya pun cakap

saya: "babah..jari adik *tsktsk* kena pisau"

babah: "hah!p basuh. darah benti dak g? mai abah buh minyak gamat. duk situ jangan g mana."

babah: "laaaaaa....mana dia minyak ni..."

saya: "ni bah ni atas storage box nih..yang tutup kaler merah tu"

babah: "tepi2 biaq abah amek"

babah: *setelah mengambil minyak dan tisu* "mai2..."

saya: "tsktsktsk pedih...ouw ouw ouw,....hhuuuuuuuu"

babah: "sat abah balut ngan tisu nih.."

saya: "okeh"

selesai saja upacara balut luka. saya konon-konon nak teruskan aktiviti masak tapi......

babah: "eh.....dah2 tak payah buat"

maka saya ke bilik dan memberitahu encik chenta hati dan me'mms' beliau dan jah tentang kondisi saya.

maka sekian sahaja entri ini..
sebenarnya panjang lagi tapi sebab taip sebelah tangan maka penat.
saya berhenti disini sahaja.
babai.


p/s: encik chenta hati...kalau marah+geram....jangan ignore saya time saya depresi. lihat apa telah berlaku.

Sunday, July 5, 2009

a dream a wish

i

w
a
n
t


a


g
a
r
d
e
n

w
e
d
d
d
i
n
g


with flowers...lots and lots of them....


*dreaming~*

dalam hati. . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.




kosong...



.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 3, 2009

bile boifren main snooker

bile boifren main snooker
gefren mule bosan

bile boifren main snooker
gefren ase cam nk suwuh government tutup sume pusat snooker kt lumut+bp

bile boifren main snooker
gefren teringat kwn dier kt kolej yang ske main snooker

bile boifren main snooker
gefren tanak titow2 tgu boifren balik

bile boifren main snooker
gefren slalu nk boifren cpt2 balik

bile boifren main snooker
gefren cari menda laen utk hilang bosan

bile boifren main snooker
gefren taip entri yg tahpape kt blog die

hehehehe...=) sekian

Wednesday, July 1, 2009

saya dah okay

saya ada terbaca satu blog. seronok. tiba2 hati dh tak sedih sangat. encik Bf penulis blog tu pun mcm encik bf saya. bezanya encik bf penulis blog keje offshore...encik bf saya onboard..saya nak jadi macam penulis blog tu..happy..rindu mmg rindu [pe jadah x rindu bf kn?] tp dia byk xtvt dgn rakan2 sekeliling..bercuti...kerja..hang out dgn kwn2...happy kn?smpaikan masa encik bf beliau yg dh lama xjumpa balik cuti pun dia boleh buat tak kesah..boleh pulak dia g bercuti kt pulau dgn rakan2..hik3...moga2 saya bahagia dgn apa yg saya pilih..


love u abang!

Tuesday, June 30, 2009

selamat malam dunia,
fajar tunggu masa untuk muncul,
hati tunggu masa untuk cinta,
esak dan tangis tunggu masa untuk terhenti,
mata tunggu masa untuk pejam,
biar mata terus pejam tanpa henti,
biar fajar muncul tanpa aku bisa saksikannya,
biar hati terus menanti cinta,
dan
biar esak dan tangis temani
siang dan malam tanpa berhenti.

hati tiba-tiba dingin
sedingin salju putih dipuncak Everest
jiwa seakan kontang persis
kontangnya Gurun Sahara
kotak minda sunyi
sepi seperti diperkuburan
lantas, apa lagi yang ada untuk aku disini?

aku mahu masa berhenti!sekarang juga!

dyja: bile syg g belayar?

pwince charming: insyaallah ag 2mgu

dyja: ha?

pwince charming: nape?terkejut?

dyja: emm..ye

pwince charming: x sempat kite nak jupe asenye

dyja: [startled for few minutes + air mata bergenang] emm owh

pwince charming:[m.i.a][titow suda agaknya]
..............................................................................

aku mahu masa berhenti
aku mahu kamu disini
walau kini kita jauh

aku mahu masa mati
biar dia berdiri dipaksi bumi yang sama
biar dia dekat

aku memusuhi masa
dua minggu bukan lama
masa mahu ambil dia dari aku


Monday, June 29, 2009

Aku seakan mahu menangis lagi

Aku seakan ingin melarikan diri

Semakin hari aku semakin tak betah untuk berada disini

Hari-hari yang aku lalui semakin hambar

Bukan aku tak cuba untuk tabahkan hati

Tetapi aku sudah tak punya kekuatan

Mereka yang aku perlu semakin jauh

Aku tahu yang aku masih dihati mereka

Aku ingin terus dengan mereka

Hanya mereka yang mampu kembalikan kekuatan diri




april14,2009

:: l.e.l.a.k.i. i.t.u ::

Lelaki itu

Lelaki itu
Tak pernah bicara pada siapa
Apa yang bermain didalam benak hatinya

Lelaki itu
Sering berdiam
Bila diri dirundung masalah

Lelaki itu
Ya, lelaki itu tabah
Hati sedih tak diendah

Lelaki itu
Matanya tak pernah menipu
Matanya ceritakan pada aku
Yang hati lelaki itu menangis

Lelaki itu
Hanya dia yang aku butuh
Kerana dia
Babah yang satu

mama

Mama

We have not told you

That we always love you

Mama

We have not showed you

That we care

Mama

All this while

We have not been perfect

We have been trying to be the best daughters ever

We are learning to show our love towards you

We are sorry

Because we are still not perfect

Mama

Trust us

Whenever we are down

The thought of you

That shines our day

Mama

Sometimes

When we are alone

When you are not here with us

We cried

Because we miss you

Mama

There so much that we need to confess

Mama

Even when we are apart
we want you to know

That we always love you

That we are grateful to have you

That we always be your daughter

Yesterday, today, tomorrow, and forever

Mama

We love you…

reflection -mulan ost-

Look at me
You may think you see
Who I really am
But you'll never know me
Every day, is as if I play apart
Now I see
If I wear a mask
I can fool the world
But I can not fool
My heart
Who is that girl I see
Staring straight back at me?
When will my reflection show
Who I am inside?
I am now
In a world where I have to
Hide my heart
And what I believe in
But somehow
I will show the world
What's inside my heart
And be loved for who I am
Who is that girl I see
Staring straight back at me?
Why is my reflection
Someone I don't know?
Must I pretend that i'm
Someone else for all time?
When will my reflection show
Who I am inside?
There's a heart that must
Be free to fly
That burns with a need
To know the reason why
Why must we all conceal
What we think
How we feel
Must there be a secret me
I'm forced to hide?
I won't pretend that i'm
Someone else
For all time
When will my reflections show
Who I am inside?
When will my reflections show
Who I am inside?

aku sedar

pertama kali
aku membaca karya-karya mereka
ternyata
aku masih jauh

pertama kali
hati terasa kagum
mereka punya bakat
ternyata
aku masih perlu belajar

pertama kali
mata tak mahu terkalih
bait-bait kata mereka
ternyata
buat aku
kagum

finally

am sooooo happy...

y?

get to see the dearest one...[via webcam sje..]

i realize that i miss that person so much....

and i know that i love him so much.....................................

Sunday, June 28, 2009

alhamdulillah

i received a text from Zain last night...

zane : kte sedih

me: xmaw la cmni.....byk2 doa..byk2 bersabar...

zane: . . . . .

i wish myra and i could be there for him..i meant to shared his sadness..i truly understand the sadness that he feels when losing someone close to our life...all i hope for that zane will be strong because his little sister needs more support...it is never easy to not having your mom around you..but, according to hariz, everything went smoothly..Alhamdulillah...Pray that she will be placed among the chosen ones besides him...She is indeed a good person though i never knew her directly..

zane,
all the BenL students want you to know that we will always be here..let it out...cry if you wanted to...be strong...never keep things to your heart..okay?

=)

deepest condolences

this entry is specially for zain akmal b kamaruzain


dear friend........
i understand every bit of your sadness....
it is not easy to suddenly losing the most important person in our life....
all i want you to know is that we as your friend will always be there for you....

deepest condolences to you and your family....

be tough...
be patient....


al-fatihah...
May she'll be blessed by Him....

innalillah.....

Monday, June 22, 2009

tonight......


i cried..............

and cried..................


Ya Tuhan..
saya terlalu rindukan hubungan kami yang dulu....
saya rindukan dia....

Sunday, June 21, 2009

entri tentang mama

mama.
she is different.

Puan Faridah bt Haji Ali

seingat adik..adik selalu kecik hati dengan mama..mama selalu marah2 adik bila adik tak buat apa yang mama pesan..[bukan adik sengaja tak mau buat...tapi budak2 nih selalu ajak p main]sori mama...

mama bukan orang yang belajar tinggi sampai uni..mama belajar sampai form6 je..tapi mama ni cekap..tajam pemerhatian dia..mama garang..dulu selalu marah dengan mama sebab rasa hidup kena control and rasa macam kena layan as if aku ni maid kat umah..ye la, mama keje..jadi bila aku kt umah mama pesan, basuh baju..lipat baju..kemas2 umah..tapi kadang2 after sekolah badan penat mesti tidur sampai petang..mama jarang memasak kat umah dulu..betul la apa cikgu hassan bagitau tokwan..aku besar dgn mkn nasik bungkus saja..dulu masa aku sekolah menengah..aku bangun pagi2 n prepare breakfast sendiri...kadang2 aku terasa as if mama tak sayang aku macam mama orang lain..maybe time tuh aku budak2 lagi...skrg aku dh besar..aku sedar..mama kerja kuat untuk cari rezeki...mama cakap kalau dia takde nanti[nauzubillah] duit kwsp dia ada dekat 80k..dia dah letak nama aku dgn kakak..mama kata divide betul2..guna betul2..[menangis~]

aku rasa aku banyak ikut mama..aku memendam rasa..mama pun macam tu..aku baru tahu mama pernah kena ambik ubat penenang sebab terlalu stress [nangis lagi~] byk dugaan menimpa..dia tak pernah cerita..mungkin aku terlalu muda untuk paham situasi mama dulu..sekarang mama boleh bercerita macam2 dkt aku n kakak...

bagi kami, mama mmg terbaik...even dulu masa kecik kami hidup independent...aku sebak bila aku kena isi borang matric sendiri..aku rasa macam mama malas amik kesah...tp sbnrnya mama nak aku belajar buat sendiri..semua tu aku tak nampak dulu...mesti nak gaduh ngan mama bila berselisih pendapat..kalau boleh aku putar masa mesti aku nak balik ke masa lampau n x gaduh2 dgn mama..

alhamdulillah...mama skrg lebih tenang...walaupun mama tak sihat tapi kadang2 mama cuba buat yang terbaik untuk penuhi impian kami..dh tiba masa kami balas jasa mama n abah...mama and abah selalu pesan....

"family kita bukan family berada..mama n abah takdak tanah nak bagi adik ngan kakak...adik ngan kakak kena belajaq betul2..tuh la harta yang ada..."

[nangis lg~]

mama x sehat skrg..kdg2 bila tgh hari tgk mama n abah tido..rsa sedih...diorg manusia paling baik dlm hidup aku..

p/s: if ever anyone read dis entry..plz pray for mama...selalu sgt tak sihat skrg...and babah...even adik tak cakap depan2 "happy father's day"..bagi adik...tiap2 hari tu hari mama and babah...anak2 mama and babah dh besar..matlamat kami...nak berjaya n nak mama n babah bahagia and senang...

[nangis+nangis~]

Saturday, June 20, 2009

tolong laaaaaaaa

dear awak...

tolong la jawab call saya...

tolong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku tak pernah sayangkan mereka seperti kamu.
aku tak pernah rindukan mereka seperti aku rindukan kamu
aku tak minta kamu untuk sentiasa bersama
aku paham keadaan kamu
aku tak minta sepenuh hati mu untuk aku
kerana aku tahu kamu masih punya mereka yang lain

aku hanya pinta kamu menjaga hatiku
aku hanya pinta hanya sebesar zarah masamu untuk aku
aku hanya mahu sekelumit hati mu untuk aku
aku harap kamu memahami keadaan aku
kerana aku sayang kamu

d.u.h.a.i. h.a.t.i

Duhai hati tenanglah

Aku tahu kamu sedih

Mentari hidupmu muram sinarnya kini

Kamu rasa mentari itu semakin jauh

Duhai hati

Tabah dan bersabar

Aku tahu tatkala malam ini

Hujan turun basahkan bumi

Mentari kamu masih menghilang

Hilang ditelan titis-titis hujan

Duhai hati

Bangkitlah

Mungkin esok

Hari kamu lebih indah

Ditemani pelangi nan indah

Disisi mentari yang bersinar terang





lydia