CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 8, 2009

cobaan bunuh diri peringkat minor


injured...rakan2 tolong ye fokus bila mengendalikan aktiviti memasak didapur atau apa jua aktivit..jangan jadi seperti saya...telah memotong jari manis ketika memotong bawang besar sewaktu mahu mula memasak hidangan udang goreng kunyit pada mama. mama saya puasa. jadi saya mahu tolong beliau (oh.saya tak puasa sebab saya tengah cuti bulan2).

ye. saya kurang fokus ketika kejadian menimpa. jasad didapur tapi minda dan hati teringat pada sms yang saya kirimkan pada encik chenta hati. lalu saya merencanakan apa yang beliau akan balas. sedar-sedar darah menitik *tuptaptuptaptuptap*. saya dengan separa menangis membasuh luka dan berlari ke bilik untuk mengambil kapas. dalam perjalanan darah menitis lagi.*tuptaptuptaptuptap* setelah diletakkan kapas saya kembali ke dapur. mula mencari arah. tiba-tiba nampak kelibat babah (bukan keliwon ye rakan-rakan) maka dengan muka hampir separa menangis saya pun cakap

saya: "babah..jari adik *tsktsk* kena pisau"

babah: "hah!p basuh. darah benti dak g? mai abah buh minyak gamat. duk situ jangan g mana."

babah: "laaaaaa....mana dia minyak ni..."

saya: "ni bah ni atas storage box nih..yang tutup kaler merah tu"

babah: "tepi2 biaq abah amek"

babah: *setelah mengambil minyak dan tisu* "mai2..."

saya: "tsktsktsk pedih...ouw ouw ouw,....hhuuuuuuuu"

babah: "sat abah balut ngan tisu nih.."

saya: "okeh"

selesai saja upacara balut luka. saya konon-konon nak teruskan aktiviti masak tapi......

babah: "eh.....dah2 tak payah buat"

maka saya ke bilik dan memberitahu encik chenta hati dan me'mms' beliau dan jah tentang kondisi saya.

maka sekian sahaja entri ini..
sebenarnya panjang lagi tapi sebab taip sebelah tangan maka penat.
saya berhenti disini sahaja.
babai.


p/s: encik chenta hati...kalau marah+geram....jangan ignore saya time saya depresi. lihat apa telah berlaku.

1 comments:

ms whatever said...

wushh
best dpt manja ngn babah camtu
teringin
tp malu

if aku la kan
pas kna pisau
wat slumber badak je
wat ilex je

pastu masuk bilik
wouuuu... wouuu...
sakett.... wouuuuu

hahaha