CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 31, 2010

dilema dengan masa

tolak tambah tolak tambah.

masa dah makin dekat.

semua buat buat tak perasan.

semua buat buat seolah olah 17 nov tuh lambat lagi.

tapi. masa tetap berjalan.

kalau ikotkan.hati melonjak riang sebab dah nak masuk november dan EncikChentaHati dah nak balek..

cuma sekarang. saya rasa.

masa tolong lambatlambat.

saya perlu kawan yang longkang macam dia.

Saturday, October 30, 2010

hari ni. Masuk hari keenam awak menyepi begitu saja..

kata awak,awak ke melaka.

Tapi,sampai sekarang awak diam.
Awak buat hati saya tak keruan.
Awak buat jiwa saya meronta.
Awak buat saya tak lena tidur.

Tuesday, October 26, 2010


saya terharu


terimakasih kawan.

Monday, October 25, 2010

keluhan hati


selalunya,
bila saya takut kehilangan orang tersayang

bila saya takut untuk meratapi perpisahan

bila saya takut berjauhan

bila saya takut dilupakan

saya cuba menjauhkan diri

saya cuba menipu diri sendiri

saya cuba katakan, saya tak apa apa kalau awak jauh

dalam hati

saya takut.

saya gentar

bagaimana kalau saya tak jumpa seseorang seperti awak?

bagaimana hidup tanpa kehadiran awak?

saya menangis.

bila saya teringat detik indah

saya hilang kata kata

bila bersama awak di penghujung waktu

saya rasa, lebih baik saya jauhkan diri dari awal

supaya awak tak merasa sedih

supaya awak membenci saya

saya tak mahu awak menangis untuk perpisahan ini.

saya mahu lihat awak tersenyum

melangkah dengan semangat baru.

walau nanti, awak mungkin lupakan saya

saya tak mungkin

lupakan awak

buang awak dari hidup saya.

sekali saya sayang.

sampai bila bila saya sayang.



p/s: shaakirohmurad. kamu masih disini. tp saya rindu kamu.

best girl with best man

saya ambil katakata nih dari seorang seafarer.

"ONLY the best man can go to the sea. and ONLY the best girl can be with the best man"

saya rasa termotivasi. tapi sebelum tu, saya mintak maaf kalau saya amik tanpa gtaw kt orang yang cakap nih. mintak izin ye.

Thursday, October 21, 2010


semalam.

hati rasa tenang.

mogamoga.apa yang dikatakan itu jadi kenyataan.

Tuesday, October 19, 2010

kami semua tau la weyh

kita semua kenal dia.

kita semua suka memilih dia untuk jadi tempat bercerita.

kita semua pernah dilongkangkan oleh dia.

kita semua pernah gelak besaq dengan dia.

kita semua pernah lepaklepak makan dengan dia.

kita semua pernah conference YM dengan dia.

kita semua tahu kesah chenta dia.

kita semua pernah pegi openhouse rumah dia.

kita semua tahu siapa kekasih dia.

kita semua tahu omnia dia pernah jatuh kolam.

kita semua tahu yang dia cakap laju.

kita semua pernah kena cubet dengan dia.

kita semua pernah rasa geram bila dia suka dropdrop

kita semua gelakgelak bila berbalasbalas komen kat status/gambar dalam facebook.

kita semua pernah tengok dia menangis bila laptop kena curi

kita semua pernah tengok muka risaucuak bila mak dia jatuh kat bilik ayaq.

kita semua tahu dia berhati kaca bila kali pertama celebrate besday secara seprais

kita semua tahu dia yang memandu kbq yang kita gelar -kuboq-

kita semua tahu dia suka saiko students

kita semua tahu dia memang pakar dalam bidang kompiter.

_______________________________________________________________

kami semua akan terasa kehilangan hang

kami semua akan sunyi kalau hang tadak

kami semua akan rindu dengan hang

kami semua rindu bergambar dengan omnia hang

kami semua akan rindu dengan kelongkangngan hang

kami semua akan rindu nak tengok hang eksaited bila balek detim

kami semua akan tetap anggap hang sebagai kawan.

kami semua akan doakan kejayaan hang.

kami semua tak sabaq nak makan kenduri hang.

kami semua akan tetap berkawan.

kami semua akan terus ingat hang.


peristiwa adiburger taman serindit


peristiwa adiburger tamanserindit

kenangan melaka.bersejukdalambas.

kenangan zoomelaka bersama budakbudak kolej

nampak gadis yang duduk kat bawah. itu subjek kita malam ni.



Monday, October 18, 2010

It takes a couple seconds to say Hello, but forever to say Goodbye

Kali pertama menjejakkan kaki ke sini. saya tak ada kawan. saya bawak bekal sandwich. tu pun macam segan nak makan. *ptot la kurus*

beberapa minggu lepas tu, tempat kamikami dire-organized.saya dapat duk sebelah seorang senior yang muka kerek gila lah. saya kan naive dan nerd. huks..then....after dah lama duk sebelahsebelah. tibatiba boleh jadi geng. agak geng la dengan orangsebelah saya nih.

ruparupanya, orang sebelah nih sama dengan je perangai saya dengan dia...laserlongkangsegala.

lepas dah mula berkawanrapatrapatbuah. kami selalu berbreakfast bersama. di Kopitiam. mau layan ah tiaptiap hari breakfast Kopitiam uols.

okeh sudahsudah.

saya dan orang sebelah mula hangout bersama bila kami menonton movie. "pisaucukur" then jimbaramba ke Tasek DarulAman Jitra. seronok. lepas lepaklepak, sesi makanmakan dikedai mamak.

bermula saat tu, memang kami selalu lepaklepak pagi untuk berbreakfast..lepaklepak lunch ditescomergong...lepaklepak minum petang dibeberapa lokasi..*nak story xboleh sbb banyak sangat.*

dan dari situ, hubungan saya dengan orang sebelah sangat rapat. saya ada berceritabersendagurau dengan dia...selalu. walau duduk sebelahmenyebelah, kami selalu YM..dan berFB.. dia nih pembekal ceritacerita lawakgelaksorangsorang..mulamula dia sorangsorang layan. lepas dia saya. mula melarat kat orang laen.

kalau nak tau, kawansebelah saya nih, sangat suka bercakap dengan cepat. akai panjang. cepat je dia balas. sorang lagi kawan saya selalu kena buli dengan kawansebelah saya.

bila kami dah makin rapat. kami berkongsi masalah. kami tak ceritacerita kat ofis. kami ceritacerita kat YM..kadangkadang dia buat saya gelak tersembuq kat skrin laptop. kadangkadang dia buat saya menangis tarik towel besaq lap ayaq mata.

bila dah nak mula sem baru. dapat news yang kawansebelah akan ditukarkan ke bangunan lagi satu. tibatiba saya dan sorang lagi agak sedih. huks. sabar je lah. tapi tak mengapa. tukar bangunan je pun.

then dalam masa yang sama, kawansebelahYGdahtaksebelah dapat interview keje ngan gomen. okeh. bagus untuk dia.

kawansebelah nih, seorang kawan yang baik. walau dia longkang, tapi dia boleh bagi nasihat dekat saya. dia yang pertama mendengar keluhkesah saya. dia yang pertama dapat mesej dari saya sewaktu saya dapat berita sedih di Shahab Perdana. dia orang pertama tahu kalau ada berita bahagia berita sedih tentang diri saya dan cinta saya.

saya rasa dekat dengan dia.

sekarang, kawansebelah dah nak pergi jauh. nak pergi jauh ke Selatan. saya rasa sedih.

saya sedih sebab:

1. tiada lagi istilah lepaklepak dengan dia
2. tiada lagi istilah tengok wayang
3. tiada istilah makanmakan pagi dengan dia.
4. tiada istilah longkang depandepan dengan dia.
5. tiada lagi istilah kena cubet dengan dia.
6. tiada istilah teman dia beli air bungkus then minum tak abes then petang beli lagi satu.
7. tiada istilah beli kopok leko dan bertekak dengan maciq kopokleko sebab selalu lambat.
8. tiada istilah mencipta perkataan baru.
9. tiada istilah nak membuli kawankawan seoffice
10. tiada istilah bergambar dengan omnia jatuh kolam lagi.


I’m going to smile and make you think I’m happy, I’m going to laugh, so you don’t see me cry, I’m going to let you go in style, and even if it kills me - I’m going to smile.

We laughed until we had to cry, we loved right down to our last goodbye, but over the years we'll smile and recall for just one moment we had it all.

terkesima. sedih.

dan gembira untuk kamu.

Sunday, October 17, 2010

.

andai aku bercerita
mampu kamu faham?

andai aku bersedih
mampu kamu tenangkan aku?

andai aku menangis
mampu kamu hapuskan air mata ini?

Thursday, October 14, 2010

halangan


motif gambar ini: gambaran tentang halangan.

saya sangat sedih. sumpah.

saat saya bercerita pada seorang teman di Office. suara saya sebak. mata berair. saya rasakan dugaan untuk Encik Chentahati sangat berat. setahun tau beliau tunggu nak dapat naik kapal sebagai Cadet Engineer.dalam setahun tuh, saya bersama dia. saya tahu saya dapat lihat kesusahan dia.

saya ingat lagi masa awalawal berchinta. ChentaHati cakap, "kalau syg dpt bertahan selama enambulan orang naik cadet nanti. memang syg org yang org pilih utk bersama dgn org selamanya"

dari saat itu, saya mula kuatkan hati. siap sedia. dia memang takkan layan segala rajuk saya. takkan layan kalau saya mengadu halhal kecik. dia nak saya belajar berdikari. sebab dia tahu saya sangat manja. sangat! jadi, langkah terbaik adalah kurang memanjakan saya.

Jun lepas, Encik Chentahati dah mula naik kapal. terus hati saya sayu. sedih. saat itu saya rasakan halangan dan dugaan pertama sebagai seorang gadis kepada oranglaut.

pertama kali beliau nak tinggalkan saya, dan saya tak sempat berjumpa dia. itu halangan pertama, saya menangis sepanjang perjalanan tu.

okeh, berbalik kepada topik halangan, sekarang sekali lagi EncikChentaHati tempuh halangan dalam proses membina kerjaya sebagai orang laut. sedih. saya sedih sebab saya tak mampu nak tolong apaapa. saya mampu dengar dan pinta agar dia bersabar. itu sahaja!

dan petang tadi, mendengar ceritacerita dan bercerita. saya dapat beberapa solutions.

1. saya seorang yang terpilih. saya harus kuat dari segi mental. untuk terus bagi kekuatan pada chentahati saya.

2. lalui semua cabaran dengan senyuman.

3. terus berdoa.

4. jangan memendam. cerita selagi terdaya, sebab saya tak mampu hadapi sendirian

5. jangan patah semangat.

Doa saya buat kamu.

Ya Allah Ya Tuhanku

satu yang aku pinta.
mudahkan urusan dia Ya Allah.

tabahkan hati dia.
beri petunjuk pada dia

permudahkan urusan dia.

tolong Ya Allah.


sesiapa yang baik.
tolong sama2 doa supaya mudah urusan encik ChentaHati saya.

pertandingan teka lagu dan menyanyi

So baby, I will wait for you
'Cause I don?t know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you.............................................................................


semalam.berbual. sekali lagi Chentahati menyanyi..ehee ngada kan saya?

tapi dia paksa saya menyanyi untuk dia.

wooemmgeee

mana lydiawani reti menyanyi..selalu je tukar lirik....

so lydiawani pun sebok ar layan lagu pagi ni....sambilsambil marking...

tibatiba rasa sangat bahagia.

owh rindu

Wednesday, October 13, 2010

pelik

seharusnya saya gembira bila dapat bersembang sejam dengan encik chentahati.
tapi saya rasa nak menangis.

mungkin PMS,

cuma saya kehilangan mood petang tadi.

balik rumah. terus tidur sampai 10pm.

jangan la buat saya hilang mood.
kesian dia. terpaksa jadi tempat saya lepaskan rasa tak puas hati.

mungkin juga sbb saya sangat rindu dia

Sunday, October 10, 2010

saya suka

semalam. datang mood nak buat kek choc.

tapi bukan bake dalam oven. ini kek kukus.

senang je.

bawak datang ofis sebijik kek tu.

ehee

sangat suka masak dan bagi orang makan.



Saturday, October 9, 2010

tagTagTAg

Name one person who made u laugh last night?
no one.
how about change the question to, who made u cry last nite? agagagagaga

- What were u doing 1 hour ago?
tgk upin ipin sambil dinner di petang hari

- What was da last thing you said out loud?
remind students bout their bel313 test

- Where's da next place you're going to?
i just dunno where to go.

- What was da last thing u paid for?
mentos+ribenapeach+mineralwater

- Where were u last nite?
umah.

- What's da best ice-cream flavour?
1. choco
2. choco
3. renbow

- Do u wanna cut your hair?
dunwan!

- Do u love to 'melatah'?
sometimes.

- If that so(melatah), what will u said out loud?
opocot.

- What does da last text-msg received say?
heh!PnC la der

- Will u get married in da future?
harus la berkahwin.

- Do u chew on your straw?
nope

- Do u make-up your own words?
sometimes

- Is there anyone u like/love right now?
yes i do. i like i love i miss.

- Tag to other 5 bloggers/more
kiroh (bila dh balek dr berdetim), naza (kalo dia baca), kak za (kalo dia baca), yus (kalo dia baca),
mana2 readers (adeke?)

Friday, October 8, 2010

seprais. saya suka seprais


dah tigabulan.

dulu, masa Encik ChentaHati kat daratan.

jarang ah nak call secara tibatiba.

sejaksejak kat kapal atas lautan.

bila masa saya tak jangka. tak berharap

tibatiba

*bunyitepontakcanggihberdering*

tengoktengok skrin

#chentahati#

senyum lebor.

happy.
just like last wednesday.

kepenatan berISO...bersiapmarking...berkelas.

saya dapat call.

tibatiba dekat laut jawa ada network

yeay!!!

dia risau.

takot saya gastric lagi.


ishish jangan risau sayang



p/s: sayang, dah 3bulan belayar dilautan tak bertepi.
cpt2 balek. bby rindu.
nnti kita tgk movie.mkn eskrem.g petshop. g kedai kasut.
lepak tgk org. okeh?

safayafa mafahufu

safayafa

mafahufu

berfergamfambarfar

"pre-marriage@post-marriage"

memakai baju sekolah.

msti comel.

Thursday, October 7, 2010

dillemma

ada la dalam dua minggu tiga minggu keadaan orang kat office saya macam onggila. sebab apa?sebab ISO.

dengan lappy dah tersampuk virusvirus chenta..

abes semua folder dalam pendrive+memory card camera jadi shortcut shortcut.

jadah menda la ntahnya.

*orang dah cakap, dah taw lappy tersampuk, jangan la connectkan camera. DEGIL! Hamek ko*
sekarang?ha?cenggane?

lappy dh okeh. atas ehsan belaskasihan encik Faiz Hilmi iaitu kekasih hati Cik Linie Azlenee..lappy dh pulih..saya juga dah membeli Kaspersky. 3users. kongsikongsini dengan dua rakan.

tapi...folderfolder dalam pendrive dan memorycard cam maseh lagi dalam keadaan ber'shortcut'.


jd readers *ade ke?*

any sajestien?

help me plis

saya mmg buta bidang kompiterkompiter nih

ada sedikit pesananbergambar yang saya sempat snap2 sebelum balek keje..







Tuesday, October 5, 2010

ingin saya coretkan sesuatu


tapi seakan tiada baitbait perkataan yang sesuai.

cuma satu yang saya pinta.

tolong.

jangan mengadili hidup saya. kamu belum kenal siapa saya

Friday, October 1, 2010

episodAKHIRpencarianKEKASIHHALAL

nampak banner tu. pengantinperempuan buat sendiri woooo!

tanggal 01 October 2010

hari ini, episod pencarian kekasih halal seorang temandansahabat telah berlangsung. dengan sekali lafaz, Noor Safinas Ghazali sah menjadi milik Mohd Syukri. TAHNIAH!

entah kenapa, kali ini, bila melihat wajah paciq salamsalaman dengan ibundanya, hati saya sebak. saya agak emosi.

kali ini saya malas dan tak rajin nak menaip. biar gambar bercerita.


finally, saatbahagia dia dah tiba.


saya bila lagi?