CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2010

my wedding gaun

haihh


tiap kali saya tengok i-glam...nona...atau any program concerning marriage..mesti kepala ligat..berfikir pasal nak kawen..nak garden wedding..nak beach wedding....nk gaun...tapi. sedar2 la cik lyd..awak tuh pendek lagi gumokgedempol...

tapi tadi, tengok i-glam episod23, kakak tuh buat gaun..empirecut..very simple detailing...the designer is "saiful bahari"..the colour was soft grey...it was stunning!!!!!!


nih la contoh gaun tu...gojes kan..simple je...

see, nanti i nak dia jugak lah design gaun kawen i....tapi i nak yang very the muslimah kinda gaun...gile nak gaun seksi2...

then i nak hand bouquet fresh roses...nak light pink and purple roses...or a very red roses..soooo red...

this one

or, this one.....if this kind, i wish that the pink would be a slight darker..

eh eh okeyh la...takmo berangan banyak....setakat nih, nih je la dulu...

sambung nantiiiii

Friday, July 30, 2010

checklist!

check list


1. baju raya - checked (da tempah semuanye 4pasang)
2. kasut raya - checked (3psg: walopon msti b4 raya dah bedal pakai)
3. kueh raya - belum prepare apa2 sbb mama nak buat.
4. kekasih dihari raya - tsktsk *menangis sbb EncikChentaHati kat laut*
5. kereta raya - pinjam waja@persona.
6. puasa ganti - 3ari lagi. *cepat cik dyja oiiit*
7. tudung raya - belummm *bkn tiap2 bln beli tudung ke?*


motif entry?
sukati la. blog sape?blog cik dyja kan?so, biaq ar nak up entry hape pon.
kenapa kesah?
dingki ah tuh

Thursday, July 29, 2010

kakak benci saya ke?

terkesima.

yes itu yang sebenarnya.

sebab saya tak ingat langsung kalau2 ada masanya, saya telah mengganggu kelancaran kerja awak.

saya tak paham kenapa ada komen itu.

dear kakak,

saya tak pernah ganggu kerja dia. saya redha dia pergi belayar. walaupun, sebelum dia pergi, enam bulan saya tak dapat jumpa dia. jumpa sehari. lepas tu, dia terus kena kerja. kalau kakak nak tahu, masa dia dapat call untuk report duty tuh kan, saya tengah tunggu bas on the way nak jumpa dia. saya langsung tak sempat jumpa dia before dia naek kapal nih. kakak, saya pun tahu, dia baru mula nak bina kerjaya. saya tak pernah merengek mintak dia balek. ok. memang ada. tapi dia tahu, saya memang manja. tapi, saya tak selemah itu dan takkan sesekali kacau dia untuk bina kerjaya. lagipun kakak, adik kakak tuh, bukan jenis yang mudah terpengaruh.dia sendiri taw apa dia nak..saya sedih kak, bila kakak cakap macam tu kat dia. dia suruh saya jangan fikir bukan2. tapi, jujur saya kata, saya memang nak dia balek. tapi bukan sekarang, biarla bila duty dia dah habis. normal la kak, kalau saya cakap saya rindu dia. memang itu dalam hati saya. tapi percayalah kak, saya sentiasa sokong kerjaya yang dia pilih. tolong la. paham keadaan saya jugak.

Wednesday, July 21, 2010

Ogos

ada tarikh yang saya tunggu bulan depan.

yerp2...bulan Ogos.

hoit. memang la bulan depan masuk bulan Ramadhan.

yang tuh pun tunggu jugak.

tapi saya nantinantikan saat

6 August 2010












ada apa?



tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

tokwansaya

dear tokwan,



dulu, masa kecikkecik adik duduk dengan tokwan. tokwan anta pegi NURI (macam kindergarten la). tokwan bawak adik jalanjalan. masa mama admitted dekat wad. tokwan dengan tok yang jaga adik. kakak duduk dengan tok aji.

tokwan ingat tak?dulu masa ada motor kat umah tokwan tuh? petangpetang tokwan bawak adik p pasarmalam kan. tokwan siap berkopiah. tapi adik, dengan seluar pendek paras lutut.mwahahaha...tok kata, "tokwan, haji.cucu dengan seluar pendek" hahaha adik dulik hapa kan tokwan. janji dapat p roundround naik moto.

sekarang adik dah besar. nak bawak tokwan roundround pulak. tapi tokwan dah tak sihat.

penah dulu, masa tokwan masuk wad. adik p tengok tokwan. tokwan sembang dengan orang yang mai tengok tokwan. macam tak sakit. tapi, bila semua dah balik. tokwan kata nak solat. bila adik tengok tokwan solat. hati adik sayu. tokwan susah payah nak berdiri duduk tapi tokwan kuatkan diri.

pastu, bila mama nak pegi cafe. tokwan nak pesan nasik goreng, tapi tokwan takut nurse marah. sebab time tuh gula and colestrol dalam darah tokwan tengah tinggi dari biasa. tokwan tanya "teringin nak milo. tapi boleh ka?tak kena marah ka?"

time tu, adik tengok muka tokwan, sayu sangat. adik rasa kesian sangat kat tokwan. sumpah. time tuh, mata adik bergenang ja tokwan.

sekarang bila tokwan kat rumah, tokwan teringin makan benda yang tokwan tak boleh makan. adik marah tapi bukan sebab apa. adik tak mau kalau tokwan makan, nanti tokwan sakit.

adik ingat lagi, ada satu petang, semua orang ada kat rumah, tibatiba, tokwan kata tokwan sesak nafas. sumpah! muka tokwan pucat. kaki tokwan sejuk. masingmasing tenang je. tapi adik dah takut. adik tak bersedia tuk semua tu.

tokwan, adik belum bersedia dan tak akan pernah bersedia tuk lepaskan tokwan pergi. walaupun bila tiba masanya, adik kena redha.

tokwan, tolong ea. jaga kesihatan. walaupun tokwan garang. tapi dengan adik tokwan baek.tokwan selalu ungkit cerita adik malas p tadika. adik gigit tangan tokwan time tu. bukan apa. time tuh adik rasa malas. adik nak balik umah mama. mama ambik adik sat sangat minggu tu. adik mintak maaf adik gigit tangan tokwan. adik memang degil kan time tu.

tokwan. adik nak tokwan hadir masa adik nak kahwin nanti. so, tokwan kena la makan ubat ikut time. jangan la duk buat macam sekarang nih. makan ubat ikut suka. takmo2....

okeh.
tokwan. adik taip entri nih kat ofis. mata bergenang dah tokwan taw. sian adik. malu taw orang tengok.

adik sayang tokwan.





tu tokwan saya.



tuh tengok tokwan saya namo tengok kamera. jadik saya dengan kakak je senyum lebih2

Monday, July 19, 2010

belackout.

hey.


pernah tak rasa rindu yang amat sangat pada seseorang yang sangat jauh. dan tak boleh nak selalu ber'sms' atau ber'phonecalls' dengan anda, tiba2 suatu malam yang damai. orang tuh menghantar 'sms'. dan saat itu pasti anda akan rasa bahagia. hilang rasa rindu yang sangat dalam tu kan.

itu la yang saya alami dua hari sebelum ini. malam sabtu lepas, Encik Chentahati ada 'sms'. beliau beli nombor Indonesia "Telcomcell" kot. kalau tak salah. bahagia saya rasa. petang ahad dapat sembang. tapi. malam semalam. masa bahagia saya dah diragut.

nope nope. bukan peragut. gila apa. mana ada orang ragut masa. vodos!

diragut dek kredit telepon beliau dah kehabisan..

saat tu, saya rasa sangat sayu. beliau sempat tinggalkan beberapa pesanan.

beliau nak saya tabah. beliau nak saya kuat. beliau nak saya bersabar.

*matabergenang*

dan hari ni, saya hilang semangat sepanjang masa kat ofis. serius. memang tade semangat. tambah pulak. ada budak2 yang mulut longkang dengan saya. saya diamkan aje. saya belum ada semangat nak paritkan mereka.haihhh

tapi, lepas pulang dari keja. saya bersama kesayangan (Shaakiroh Murad, Awanis Ahmad Tamerin dan Wan Yusrina Wan Yusoff) berlepaklepaksantai di Oldtown Whitecoffee. rasa sayu, gundah,pilu dan rawan dihati saya dah terubat. gelak ketawa bersama mereka, buat saya rasa tenang.

kalau la, saya tak punya mereka, saya tak punya rakan sehidupsemati saya (Siti Khadijah Yahaya), tak punya mama n babah, tak punya Encik ChentaHati, hidup saya mesti macam malam gelap.bekalan eletrik putus. memang takda sinaran.

okeh. penat bebel. tujuannye adalah. nak cakap

hargai orang tersayang.
terimakasih.

Friday, July 16, 2010

dear Sea

*matabergenangtangis*

baru dapat mesej si dia. katanya baru sampai Belawan Port. semua nye sebab rough sea.

please God. let the sea be gentle. saya risau. risau sangat2. tiap kali dengar ada kapal terbakar. tenggelam. hati saya kusut kacau. biarpun itu bukan kapal dia. tapi hati saya terkesan. tolong ya Laut. jangan bergelombang sangat.


sayang, balik cepat. hati2. saya rindu awak.

Tuesday, July 13, 2010

QUIT!

and so, here i quit!


hak3...gila nak benti?sapa nak bagi makan anak2?dah la suami jauh. *meroyan*


teaching is hard. i know, this is my challenge for this semester. i just hate the feeling when i have to teach something that is supposed to be interesting but i do not have enuf materials or i can say that i do not even have the manual for the subject. =_='

whining over something that i am supposed to do? no!!i am a whiner but i do have my reasons. i have already asked for the same thing twice. i was hoping things will be settled within this week but somehow i think it will be postponed for further noticed.. *cry~*

and this evening, listening to what mister pengarah and mister timbalan pengarah akademik said in the meeting. i felt like i am not really suit to this field..or maybe i am used to independent kind of studies and i want my students to be as independent as i am but i am at a different situation. sorry to say but these kids were being pampered and spoon fed. they do not want to think. even for a moment. haihhhh

sekali lagi


bukan nak mengadu. tapi,

I am not your walking dictionary. use your own dictionary. try to come out with the sentences yourselves...

Monday, July 12, 2010

pantaiDilambungOMBAK

pantai

selalu berubah
bila dihempas ombak

pantai
kadang2 nampak tenang
kadang2 dilanda ribut

pantai
mendamaikan
namun masih ada gelora

pantai
sekali dilambung ombak
keadaan pasti takkan sama lagi


pantaiDilambungOMBAK

pantai

selalu berubah
bila dihempas ombak

pantai
kadang2 nampak tenang
kadang2 dilanda ribut

pantai
mendamaikan
namun masih ada gelora

pantai
sekali dilambung ombak
keadaan pasti takkan sama lagi


Tuesday, July 6, 2010

=_='

tadi sembang pasal pegi nonton movie bersama Encik ChentaHati masing2. maka, bermula saat itu. hati rasa sangat kosong.


RINDU

RINDU

RINDUUUUUUUUUUUUUUU

lepas tu kan. bila kat ofis. rasa macam nak je call. sedih.

dalam kereta. fikiran melayang. ingat dia. nak call. tak dapat. call besfren.

balik rumah. dengar suara dia yang saya diamdiam record masa berbual2...

terus terlena sampai pukul7..

solat maghrib. bila berdoa. menitik air mata.

RINDU

RINDU

RINDUUUUUUUUUUUUUUU


dyja sayang. sabar ye. dia pegi kejap je. nanti december dia balek. takmo nangis lagi. *mata bergenang dgn aer mata*


Sunday, July 4, 2010

hariharisayabermula

Hari ni, dapat jadual kelas untuk Semester July-Nov2010. Rupa-rupanya, teaching allocation saya dikurangkan, dari 24jam ke 18jam sahaja. tapi saya nak kelas banyak. nak buzy2 sebabsaya tanak nanti saya asyik fikir2 pasal encik ChentaHati..karang menangis...huk3.....*ai kan drama queen* tadi kan saya dah masuk kelas budak2 part5. kita assume dorang budakbudak darjah5, xpe kan???


sebelum nih, sahabat saya dah penah mengajar mereka. mereka nih ok. cuma ada seorang dua yang malas pegi kelas. datang kelas lambat. saya cakap, saya bagi masa untuk lambat tapi tolong jangan lambat kerap2. bukan apa, dah paham sangat dengan rumah sewa mereka yang kurang air tuh. mwahahahaha kalau lecturer saya dulu mesti dia punya reaksi macam ni

"is that my problem or your problem??" *raise eyebrow*

tapi kat sini, tak boleh macam tu. TAK BOLEH OKEH!!! students tu customers/clients..jangan nak pandai2 tak bagi students masuk kelas kalau lewat masuk..tak boleh marah2 students...tsktsk!!tak bole!!!!


okeh, nanti la saya cerita2 lagi.saya malas nak tulis.....

Thursday, July 1, 2010

empattahunlagi!

penat je.


hari tu, nanges cam dunia dah sampai penghujung. sebab? sebab ai x sempat say goodbye kat encik ChentaHati. alih2 kan, kapal beliau, pegi area dekat2 je. mwahahaha...best2...rasa cam beliau duk darat keje ofis hour. mwahahahaha......malam2 dapat sembang2....owh hilang rindu. dapat semangat. ceria balik hidup ai....

so, bagi dia lagi 4tahun, pastu baru kawen. so, nanti bila ai nak kawen, semua kawan2 ai, dah ada anak. sape nak tolong2 ai macam ai berpenatlelah tuk majlis dorang???hah!!!!? erm. upah2 la semua nampaknye. ai rase, sepupu2 ai pun mesti dah kawen time tu.

btw, ai dapat lesson berharga mengenai lelaki hari ni. ai gembira. so, ai rasa tindakan ai sekarang yang lebih banyak mengalah dan bersuara bila tepat pada waktunya tu tak salah. jadi, kawan2 jangan kata ai terlalu bagi muka pada encik ChentaHati, ai tahu rentak dia. ai mintak maaf ai banyak mengadu kat uolls. tapi, time tu ai sedih. kalau ai mengadu kat dia, pasal dia. nanti gaduh. jadi, ai ngadu kat uolls. and bila dia nye mood ok. baru tegur dia.


so, ai dah kenal rentak encik chentahati. cuma kadang2 bila mood manja lebih datang, ai tak dapat nak cool.mesti japg meroyan. lagipun, ai kan drama queen!