Sahabat
Bukan mudah untuk aku lupa
Saat manis
Saat duka
Saat bahagia
Yang pernah kita tempuh bersama
Mungkin aku pernah buat kamu sedih
Mungkin aku pernah kecewakan kamu
Sahabat
Aku ingin sekali nyatakan
Kehadiran kamu
Banyak mengajar aku erti untuk persahabatan
Aku mungkin bukan insan sempurna
Tapi aku akan menghargai
Setiap bait persahabatan kita
Moga berterusan
Tiada peghujung.
p/s:untuk semua sahabat2 yang ada time susah n senang...love u guys...esp:jah!!
Tuesday, April 14, 2009
untuk tatapan para sahabat
Posted by LeeDya at 4/14/2009 10:37:00 PM 0 comments
Tuhan tolong
Tuhan,
Si matahari akan pergi jauh
Tolong jaga dia ya,
Saya mahu dia kembali
Saya mahu dia selamat
Tuhan,
Si matahari akan pergi jauh
Tolong lindungi dia ya,
Saya tak mahu dia sakit
Saya tak mahu dia sedih
Tuhan,
Si matahari akan pergi jauh
Tolong panjangkan umur kami
Tolong panjangkan jodoh kami
Saya mahu bersama dia lagi
Saya mahu terus menyayangi dia
Tuhan,
Tolong ya.
Posted by LeeDya at 4/14/2009 10:37:00 PM 0 comments
hati berkata
Sesungguh aku sedar
Masa untuk kita semakin singkat
Aku seakan mahu masa untuk berhenti
Jika mahu enggan berhenti
Aku pinta agar ia terus berlalu dengan perlahan
Aku pinta agar masa akan lebih panjang
Biar sehari punya 28 jam
Biar seminggu punya 8 hari
Biar sebulan punya 32 hari
Biar setahun punya 384 hari
Dan bila masa lebih panjang
Masa aku dan dia akan berpanjangan
Jika dia telah menjauh
Aku pinta agar masa menjadi pantas
Aku mahu masa terus bergerak
Aku rayu agar masa takkan pernah berhenti
aku impikan masa akan lebih singkat
biar sehari hanya punya 14 jam
biar seminggu punya 4 hari
biar sebulan hanya punya 16 hari
dan setahun hanya 192 hari
saat itu
pasti kehilangannya takkan menjadi beban padaku
pasti dia akan cepat pulang
agar aku dapat mendengar suaranya
agar aku dapat melihat wajahnya
agar kami punya masa untuk bertemu lagi.
Masa untuk kita semakin singkat
Aku seakan mahu masa untuk berhenti
Jika mahu enggan berhenti
Aku pinta agar ia terus berlalu dengan perlahan
Aku pinta agar masa akan lebih panjang
Biar sehari punya 28 jam
Biar seminggu punya 8 hari
Biar sebulan punya 32 hari
Biar setahun punya 384 hari
Dan bila masa lebih panjang
Masa aku dan dia akan berpanjangan
Jika dia telah menjauh
Aku pinta agar masa menjadi pantas
Aku mahu masa terus bergerak
Aku rayu agar masa takkan pernah berhenti
aku impikan masa akan lebih singkat
biar sehari hanya punya 14 jam
biar seminggu punya 4 hari
biar sebulan hanya punya 16 hari
dan setahun hanya 192 hari
saat itu
pasti kehilangannya takkan menjadi beban padaku
pasti dia akan cepat pulang
agar aku dapat mendengar suaranya
agar aku dapat melihat wajahnya
agar kami punya masa untuk bertemu lagi.
Posted by LeeDya at 4/14/2009 10:36:00 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


