salah jika terus berdiam
bila soalan aku lontarkan
kau balas dengan pandangan kosong
aku bukan boneka
yang tak memahami cara kamu
yang boleh kau perbodohkan
bila aku tanya kenapa
kau membisu
andai aku dewa dari langit
mungkin aku bisa fahami
sedarlah
aku sudah terlalu lama mencuba
jadi yang terbaik untuk kamu
tapi kamu buta.
kamu terlalu dominan
kamu sentiasa mahu berkuasa
sedarlah
aku juga punya hati
aku juga punya fikiran
jangan buat aku seperti
boneka bertali
dimana kamu boleh
merencanakan susun atur
hidup aku
Monday, November 2, 2009
aku mahu jadi boneka tanpa tali
Posted by LeeDya at 11/02/2009 02:19:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
seperti ku kenal watak2 dlm cerita ini....
diam ah
Post a Comment