CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 26, 2010

selamat ulangtahun sayang.


ini babah saya

tanggal 26 sept 2010 genap hari lahir babah yang ke-53 tahun. Alhamdulillah. panjang umur babah.

saya pernah buat entri pasal babah. disini.

sukar nak digambar dengan katakata. tadi petang, mama call saya, mama kata, belikan babah nasiklemakroyaleHijauKuning. harus la saya belikan.

tadi laparXtaklapar sangat, tapi tunggu jugak babah balik mesjid. nak makan samasama. alhamdulillah habis babah makan. babah memang tak suka membazir.

babah pandai memasak. semalam, dia goreng bihun untuk openhouse yang saya buat untuk kanakkanakRIbena tu semua. babah yang angkat meja..babah yang angkat kerusikerusi. babah yang kemaskemas bahagian depan..babah yang angkat buffetset..babah yang angkat tong ais bawak turun bawah..babah yang amekkan tray gelasgelas. saya rasa sangat terharu. babah sanggup bersusahpayah dengan apa yang saya mahu. petang semalam, babah belikan bekasputihplastik untuk kanakkanak tapau makanan bawak balik. terimakasih babah. adik sayang babah sangatsangat

kalau nak tahu, babah saya tak punya degree. tak punya diploma..tak punya sijil. tapi, dia ada kemahiran yang sangat bagus. boleh bertukang kayu...boleh membaikpulih barangbarang elektrik...babah tak macam lelakilelaki sekarang, babah rajin didapur. kalau dirumah, mama lipatlipa baju, saya basuh baju babah basuh pinggan. babah memang rajin.

babah saya dah tua. kadangkadang saya boleh tengok dia selalu termenung sorangsorang. waktu arwah adik dia meninggal, babah cool. tapi babah cakap, "dia yang abang xpegi lagi, adik yang ke3 dah pegi."

sumpah babah! adik tak sanggup dan belum bersedia untuk hadapi semua tu.babah terlalu istimewa. biarlah apa orang cakap, babah tak reti berfesyen ke.babah tak reti guna komputer ke, apa sekalipun, babah tetap yang istimewa dalam hati adik

bah,
adik mintak maaf. adik banyak buat babah susah hati. adik buat macammacam. tapi babah tetap sabar layan kerenah adik. bila adik terasa nak makan apaapa mesti babah cuba dapatkan. sebab itu, adik takkan jumpa lelaki sebaik babah. babah, adik sayang babah. sayang adik dekat abah, lebih dari duit berjutajuta...lebih dari sayang adik pada minicooper type S...

adik type entri nih, bila adik sebak tengok abah uruturut tumit. babah selalu sakitsakit tumit sekarang. nanti adik suruh kakak belikan ubat. adik tak reti beli ubat. babah jaga diri baikbaik.

i love my dad. so much.

Thursday, September 23, 2010

berkongsi cerita ehsan dari facebook

(-_-) HANTARAN AL-QURAN

by: fizah kadri

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...


“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.


“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.


“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd


“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


"Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

    • pesanan ringkas untuk diri sendiri dan rakanrakan tersayang

Tuesday, September 21, 2010

tolong pergi.

it has been TEN years. TEN freaking years.


and now, u came back.
to haunt my life.

i despised you.
i hate you.

your existence makes me weak.

awak tau?
bila awak muncul balik, hidup saya tak macam biasa.
makan minum tidur saya semua terganggu.

kenapa awak?kenapa saat saya gembira ni baru awak hadir?
awak memang suka lihat saya tak gembira kan?

sudah la awak.
saya ada kehidupan saya.
biar saya teruskan hidup saya

awak......
tolong pergi.
jangan kacau hidup saya dan keluarga saya lagi.


plis.

Saturday, September 18, 2010

acapkali aku bertanya

sayangkah kamu pada aku

seringkali aku persoalkan
rindukah kamu pada aku

tiap kali itu juga
jawapan kamu sama

ya, sayangku hanya untuk kamu
ya, hati terlalu rindu pada kamu

walau aku tahu
jawapan itu masih sama
aku tetap juga terus bertanya

jika aku belum bosan untuk bertanya
aku harap kamu takkan pernah bosan untuk menjawab.

Wednesday, September 15, 2010

kenangan terindah

hari ini, terisipadat.


sahabatbaekseoffice ajak ke Queensbay. seronok!

atas jambatanPulauPinang tadi, hati rasa sebak. tengok keadaan laut yang tenang tapi hujan hati sangat teringat kepada dia. apa agaknya khabar orang dilautan tu. sumpah, saat tu, rasa macam nak terbang ke M.T Nautica Muar.

bila dah sampai. pegi makan, pegi makan pun buat kenangan kali terakhir dating sebelum dia belayar tu dah terimbau. menu yang saya makan sama macam dulu. adui. sebak. tapi layan bergambar dengan kawankawan.

cepatlah masa.

tolong.

saya macam hampir nak berputus asa.

siapa boleh tolong bagi saya bersemangat balik.

saya tanak macam ni.

i am not a cry baby


i am not a cry baby

i am NOT a cry baby


i can survive

i can survive

i CAN survive


Wednesday, September 8, 2010

mungkin kahhhhhhhhhhhhhhh

malam ni tiga orang kawan cakap,


dorang tade semangat raya.

berbeza dengan saya, saya bersemangat nak berhari raya...walao kereta dicalari...tudung raya tade..kekasih hati pon tadak.

entah. tapi semangat itu ada.




mungkinkah.....ini raya terakhir saya?

dari jauh ku pohon restu


M.T NAUTICA MUAR


Kapal ni akan melalui enam hari perjalanan dari Bintan Island untuk sampai ke Surabaya, Indonesia..

Tahun, kali pertama Encik ChentaHati beraya sebagai Cadet Engineer dalam kapal ni. selalunya, kalau dia kat darat, masamasa cenggini, memang sebok spent masa dengan cazencazen dan rakanrakan. tapi tahun ni, rasanya, raya pertama beliau akan spent dengan buku dan enjin kapal.

untuk itu.

Dear Encik ChentaHati,

selamat hari raya. orang mintak maaf sangat. orang banyak buat awak pening. bukan apa, orang kan manja..awak pulak tegas semacam,pantang awak tinggi suara sikit, orang dah sentaps. orang selalu marah bila awak jarang spent time dengan orang. sebab awak selalu keluar pegi repair mesin jahit..pegi anta perfume kat customer..pegi repair kete..pegi bawak mummy g dentist..bawak ayah g jenjalan...pegi umah nenek lepaklepak dengan Jo...

lepas tu, orang selalu paksa awak abeskan makanan orang...awak selalu kena tengok movie yang orang nak tengok.tapi kan, orang pun selalu tengok movie yang awak nak tengok..adil la kan?
then orang nak mintak maaf sebab orang taw awak JUAL perfume trendsetter tuh tapi, orang asek request nak pree. mwaahahaha halal ea..

then orang pau tshirt simpsons awak. suruh awak belikan tshirt cipmang...request nak awak belikan orang abu si cipmang comel..walaupun time tuh besday awak.tapi, orang yang dapat present. awak dapat kek choc indulgence je..

awak. sekarang nih orang rasa rindu sangat dengan awak. kawankawan orang semua plan nak g KL untuk detim. orang je tak dapat awak. and bulan depan, kawan orang dah nak dinikahkan..minggu depan seorang lagi kawan saya nak bertunang...amon pun dah nak bertunang awak. sedih.

nanti, tinggal saya sorangsorang yang single dan bole jimbaramba..owh awak, ingat tak orang penah cakap orang tengen nak makan kepek tempe? jijah kate, dia xbeli. sebab kat kedai tuh tak sedap. nanti awak pesan kat jo belikan kat orang then pos kan bole?tengen nih...

awak. orang terharu dengan awak sebab awak sudi dan rela dan jugak redha dengan seorang budak yang talkative sensitive macam orang nih. awak kate, awak dah ade orang dh tanak orang laen kan? kotakan apa awak cakap nih taw.

okeh la awak. orang tengah tunggu kakak orang balek nih. orang cuma nak cakap, orang mohon ampun dan maaf, halalkan makan minum perfume tshirt etc..nnti belanja lagi. plis.!

awak. orang sayang awak. balek cepat ye. dan, jangan nakalnakal. kalao turun darat jupe cewekcewek indon jgn nak menggatai. karang, kapal awak xleh jejak mesia...awak ingt awak je samseng. orang pun sama taw!

okeh babai sayang.




betoi ke nih?

sebenarnya, tadi lepas solat Maghrib, teringat katakata seorang teman semalam.


dia teman yang baik. yang boleh finish up my sentences. yang boleh buat saya drive dengan hatihati.

waktu perjalanan pulang semalam, saya ceritakan, ada seorang pelajar, memintak izin untuk belajar dengan saya sebelum peperiksaan MUET. katanya, dia senang dengan cara saya mengajar. memang, saya tak gunakan LCD Projector..saya hanya bercakap.. cakap..kadangkadang saya tulis di WhiteBoard. kuno? bukan, saya lebih senang untuk berdiskusi dengan para pelajar saya. saya senang biar mereka membuat pembetangan atau menjawab soalan sebelum saya mula mengajar. biar lah apa yang mereka sampaikan ketika pembentangan itu merepek segala, tapi yang penting, saya berjaya buat mereka membaca nota. sebab pada saya, pelajarpelajar sekarang amat malas membaca. *memang tak boleh amik BENL la adikadik nih*

kemudian,kawan saya tu cakap, "aku rasa ang ada potensi. ang ada aura jadik pengajar"

ye ke?????




Sunday, September 5, 2010

kereta saya vs bakal kereta saya

tadi petang, dekat tepiclite...mata saya tertancap pada suatu ciptaan yang memang meragut rasa chinta dihati saya..walaupun berlainan warna tapi dia tetap menawan. meluncur laju dijalan raya..mata saya memang tangkas untuk terlihat ciptaan hebat tu. sekilas dia meluncur, sudah saya tahu gerangannya.


tadi saya membuat perbandingan, antar sikacakitamcomot saya dan ciptaanhebat itu. dari segi saiz, sikacakitamcomot saya lagi montel comel..dia bersaiz kecil..mungkin sesuai untuk saya yang bersaiz kecil *dari segi ketinggian*. bila jalankan perbandingan saiz, sikacakitamcomot saya menang tempat pertama. ciptaanhebat tempat kedua.

tapi tapi tapiiiiiiiiiiiiii bila banding kuasa enjin dan kesolidan enjin dan ciriciri dalaman harus lah ciptaanhebat yang menang..

erm. entri tiada erti. cuma saya rasa, untuk memuaskan hati wanita saya, saya perlu miliki keduadua buah jenis ciptaan.

err ada siapasiapa willing untuk belanja?

tak mahal beberapa ratus ribu ringgit sahaja.

entri raya

Assalammualaikum,

Saya Lydiawani Che Ismail ingin sekali memohon ampun dan maaf kepada rakanrakan yang dikenali sejak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan Itam, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang, dan juga rakanrakan Matriculation Centre International Islamic University serta International Islamic University Malaysia. Tak lupa juga untuk rakanrakan yang baru setahun saya kenal iaitu rakanrakan di Kolej Poly-Tech MARA cawangan Alor Setar.

Saya memang seorang gadis yang cepat marah. saya mudah melenting. saya seorang yang suka mengusik sampai kadangkadang menyakitkan hati ramai orang. mulut yang sangat longkang.

Pernah dulu ada seorang sahabat pesan, jangan la laser sangat ye cik Lydia. *ouch* tak mengapa. saya insan biasa.

ucapan pertama:

khas buat noor safinas ghazali, siti khadijah yahaya, chik norlia ibrahim, nurul husna hussain, noor azila nazir....

aku sedar, sekarang nih, mulut dan tingkahlaku aku mungkin/memang menyakitkan hati ampa semua..aku mungkin tak sedar akan tingkahlaku aku tu. aku anggap setiap seorang dari ampa macam adikberadik aku..ampa ada time aku susah..selalu dengar aku bebel..rela naik kereta kecik aku...rela gadai nyawa naik kereta dengan aku...lepas ni, ila dah ada kereta, jangan lupa aku..aku sayang semua..aku mintak ampun mintak maaf sangatsangat...aku sedar aku bukan sahabat yang terbaik untuk ampa semua....

khas buat shaakiroh murad, siti nur awanis tamerin, wan yusrina wan yussof...

baru setahun jagung aku kenal ampa....banyak jugak pengalaman yang pernah kita alami..mungkin tahun depan, shaakiroh murad dan siti nur awanis akan tinggalkan kenangan dan KPTM...maaf kalau aku terlalu melongkang...aku sebagai adik *nak cakap yang aku paling muda* memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan...aku sering alpa...maafkan kekhilafan aku...walau aku laser, shaakiroh murad dan lainlain masih sudi mendengar rungutan aduan dari aku....sudi beri aku nasihat...somehow, aku dah mula rasa sayang pada persahabatan ni..maaf dipinta sekali lagi...

erm rasanya untuk yang lainlain. aku *eh tak sopan* saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf...jemput ke rumah..tapi, sila roger dulu..saya busy...ramai sangat nak buat date dengan saya walaupun kekaseh hati jauh..masih ada yang nak date dengan saya. *okeh stop!*

sekian.

Thursday, September 2, 2010

maafdipintadandiberi

kali ni, ai tanak bebel.

ai tujukan khas kadkad ucapan raya secara virtual nih






rendang ketupat telah disedia
mari kita sama merasa
setelah sebulan kita puasa
tiba masa kita bergembira

tiada perasaan boleh diucap

apa perasaan,


kalau anda seorang je yang beriya merindu?

apa perasaan,

kalau kewujudan anda langsung tak dilihat?

tak mengapalah,

mungkin hanya aku alami begini

mungkin hanya aku fikir begini

mungkin hanya aku terasa hati

tapi,

kenapa hanya aku?

kenapa kewujudan yang lain boleh jadi perhatian.

aku paham,

aku bukan siapasiapa dalam hidup kamu

aku bukan siapasiapa dalam hidup semua.