CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 30, 2010

hujan bunga dihati

psst psst.....wiwit2...nak tawu tak??



encik chentahati saya ada di Labuan..tapi malam ni gerak pegi KK...then Singapore...best!!semalam sebelum tido dapat sembang2......

nanti kat Labuan bole lagi tak????


owhh rindu~

Monday, June 28, 2010

wiwit2

meh cni nak story.


uolls taw, semalam ai temani sahabatsehidupsemati beli cadar tuk majliskawen beliau kat SOGO....Ya Tuhan, ramai gila manusia....then tiba2, kepala ai sangatttttttttttt saket....berdenyut...dalam berdenyut tuh kans...ai sempat ag uolls pegi carik kedai GUESS and terai2 kasutkasut dekat SEMBONIA and CARLO RINO......mwahahaha...kalo encik ChentaHati ai ade, kompom kne babab...okeh...then ai g lepaks sowang2 kat bawah..kat kopitiam tuh....ai makan toast and beli mineralwater, then ai amek ubat saket kepala....haihhh saket rindu nih...kan??macam la dh lama encik ChentaHati pegi..padehal baru dua hari ye cik dyja...haihhhh

lepas tuh, ai bertolak pulang ke Kedah...huk3..time kat Duta..ai tingtong2 pegi naek bas nak ke Sik...watdehel kans??????okeh...turun2 bas, tengok enpon Celcom..ade 2 pesanan ringkas *wekk skemabatak* the messages was from me amour....YEAY!!then bile ai balas, repot pending suda....

zasssss menitisnitis aer mata duyung *inmycase aermatadugung* uolls kan taw ai drama queen...dulik hape org nak nampak ke ape...dorg nye bf g jauh2 ke?x kan...*mne ai taw?ai teka je* okeh...naek2 bas yang hanya ade 4passengers and 2drivers....ai tengok2 encik ChentaHati sms2 ag.....terus menangis teresak2...knpe nanges? sbb ai ngadu ai demam....huk3...xdemam pon sebenanye...then dapat la spent few sms.....then ai tertido...sampai taiping...tengok2 ade sms ag...beliau lagi!!! dang...ai reply...pending ag....sobssobs....nanges ag..then tetiba enpon Maxis nyanyi2...tengok kat skrin..."chinta".....


sangat hepi dapat dengar suara...dapat dengar dia cakap...


semalam dia kat perairan indonesia....malam nih maybe sampai Labuan..pas Labuan pegi Singapore...pas Singapore pegi Vietnam...then balek Malaysia...hopefully, tade yang mengganggu masa kepulangan dia....


saya rindu~

ps: abang!!ai got new hairdo....mase dia blow rasa sangat jojes and comel...sekarang dh basah rasa sangat selekeh.

Sunday, June 27, 2010

saya ok!!!!!!

saya ok.

saya ok.

saya tanak nanges.

saya tanak nanges.


owh...baru sehari sayang.

rindu sunyi.

macam la kalau abang kat darat 24jam ade ngan bby kn?

Saturday, June 26, 2010

bagai mimpi

dia dah pergi. dia bagi tau masa saya tengah tunggu bas nak ke kL untuk jumpa dengan dia. masa tuh saya dengan babah. nada saya sayu je masa tu. masa dalam bas ke kL, dia ada call, bagi pesanan, jage diri jage hati, jangan down, jangan sedih. terus lepas letak telefon, saya menangis. saya sedih. lepas 6bulan tak dapat jumpa dia sebelum ni, dapat jumpa sehari, terpisah untuk 6bulan lagi. manusia mana yang redha??mesti ada sedihnya kan?

semalam dapat lagi msj2. bila saya kat downtown saya ada call dia. yeay!!dapat lagi. sumpah, sampai sekarang, saya rasa macam semua tu mimpi. saya rindu dia.

rindu awak.

Wednesday, June 23, 2010

M.T Nautica Muar

well, since he is on standby mode. (cm komputer dh awak syg) i've been reading lots and lots of seafarers' girls' blog. hm. it is hard. they have to be so strong because sometimes, their man won't be around for at least 6months and it could be more.


haiyooooo......tak tergambar perasaan dalam hati. rasa macam mampu untuk hadapi semua nih.

kawan2 yang saya sayang, saya harap kamu2 ada dengan saya saat dia jauh dari saya. kalau tak saya sunyi.

owh2...title entry tuh sebenarnya, nama kapal dia.

Monday, June 21, 2010

persediaan......

dulu masa sekolah rendah, masingmasing sibuk berangan kehidupan bila masuk sekolah menengah.

dulu masa sekolah menengah, rupanya tak semanis yang diidamkan. mula berkhayal hidup di pusat pengajian tinggi.

bila dah sambung study ke IPTA/S. terfikir, macam mana la aku bila dah kerja nanti.

tak sah la kan kalau dah masuk sekolah menengah kepala otak tak pikir hal2 kapelkawen nih. mula la sibuk nak cari pasangan. padahal, belajo tak abeh lagi.

wah. sebenanrnya, ada beberapa kawan yang bakal menamatkan zaman bujangtrangtangtang mereka. ada dalam tahun ni, ada dalam tahun depan. saya??nanti ah.

okeh. bila cakap pasal kawenmawen nih, mesti orang akan soal, "dah ready ke??"

so, bila baca artikel dalam majalah wanita keluaran JUN 2010, terasa nak share dengan kawan2 dalam blog. tapi artikel ni memang focus untuk persiapan bakal pengantin lelaki. sebenarnye, benda nih memang boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki.

okeh. meh sini nak share.

PERSEDIAAN MENTAL

> ada alasan kukuh nak kawen :: bukan kawen nak sukasuki je..tiba2 bangun tdo. eh nak kawen lah. nope2...tak bagus. ada alasan kukuh...contohnya, nak menghalalkan yang sebelum nih haram..nak menyatukan chentakasihsayang antara dua pihak.

> sedia terima perubahan hidup :: bila dah kawen. dah ada pasangan.tak la boleh nak hidup macam orang singlemingle lagi. sedar2 la yang awak tuh dah ada tanggungjawab kat rumah.

> sedia terima tanggungjawab :: bukan tanggungjawab pada isteri/suami je.tapi juga family mertua. kalau dah kawen dengan dia mesti la awak dah masuk family dia sekali. jangan selfish.

> sedia terima peningkatan belanja :: sekarang nih, nak berbelanja, kena fikir tuk dua orang. kalau ada anak, kena fikir anak. so, pada suami, nak berbelanja, fikir la kat isteri, *at least sebulan sepasang kasut pun boleh*

> sedia hadapi risiko :: risiko nih macam2. risiko wife kaki FB ke, risiko wife tak suka lipat baju ke. risiko wife cepat merajuk ke. kena la tahan. cuba bentuk pasangan masingmasing secara berperingkat.

> sedia tuk berfikiran terbuka :: jangan la fikir masalah aje. tak kemana perginya hidup awak tu.

> sedia untuk tolakansur :: jangan la fikir diri sendiri aje okeh. tak bagus. dah ade pasangan, lagi nak fikir diri sendiri.

eh banyak lagi nak kena bersedia dari segi mental nih. tak larat nak tulis. beli la majalah wanita JUN 2010.

so, do your man get what it needs in order to be in a marriage??

Sunday, June 20, 2010

entri panjang

please bear in mind, this is a long entry.


hari jumaat hari tu, plan nak tengok toystory3 dengan sahabatsehidupsematisegilagila saya siti khadijah bt yahaya. tapi tak dapat sebab tiket habes.

*oi2..bdk2 beli dvd dh la bg kakak2 tengok movie*

then round2 alor setar mall sambil dalam hati marah2 sebab tak dapat tiket wayang.jalan punya jaan. decide nak g tesco cuci sihitamkacakbergaya tuh.huk3..naseb tak ramai manusia nak cuci2 services kat situ. owh2..kena bagi otograp lak nak tinggal kereta tuh. time nak bagi otograp tuh kan abg cucicuciservices cakap,

abgcucicuciservices: "hmmm awat wangi sangat"

womaiGod!!!rasa macam tercabulhakkehormatan lak. *ai mmg drama queen* then lepas tinggalkan sihitamkacakbergaya, ai pun pegi jalan2 makan2 dalam tesco. then g amek sihitamkacakbergaya kat cucicuciservices tuh. yeehuuu!!! *shinyshiny uollsssss* tengah duk sign2 otograp sebab nak keluarkan sihitamkacakbergayadanberkilat2 tu. encik ChentaHati call.

encikchentahati : "sayang, tolong topup celcom jap, ade kompeni kapal kol nih.

dan seberapaminit selepas tu, encik chentahati menghantar pesanan ringkas, bagitau dia dah dapat kapal. sepanjang perjalanan balek untuk menghantar sahabatsehidupsemati tuh, lagu yang berkumandang semua sedih. pasal nak berpisah segala. bongek lah lagu2 tuh.

okeh,kemudian sangat down sedih menangis segala. sekali lagi *ai mmg drama queen*

lepas tuh, duk pikir nak bagi reason kat mama nak pegi Key Ell tuh. bermula la ai berterus terang dengan mama pasal kesah chentahati saya. blablablabla.....


masa berterusterang tuh, saya rasa sangat nak muntah blablabla

Thursday, June 17, 2010

sepuluh.

orang kata masa bercinta, macam2 boleh rasa.


sedih kecewa disakiti disayangi merindui dirindui...


bercinta ni kadang2 boleh ajar seseorang tentang rencah2 kehidupan

pagi tadi masa tengah layan2 cerita kt Gua.com.my.


dalam ni, ada 10 perkara harus buat dalam bercinta.


sekeliling saya, ada kawan2 yang sekapal dengan saya.


kenapa??


sebab kami bercinta jarak jauh. tapi jarak saya dengan encik chentahati lagi jauh.


hehehe.


okeh. sebenarnya, nak share dengan uolls semua pasal benda kat bawah nih.


selamat membaca dan,.....jangan lupa amalkn.



1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.


dear encik chentahati.

i may not be the perfect one for you.

but i'm trying as much as i could to be the one

that will be with you

at any situations.

i love you everyday

i miss you everyday


Tuesday, June 15, 2010

coffee+coffeemate creamer = me+you

welcome to the new students to KPTM Alor Setar. well, this is not what i'm gonna ramble about. as i plan, i wanna take two days leave and go to KL just to meet Encik ChentaHati. well, hope he can make it. if he can't bet i just have to cancel my leave then. okeh. enuf said bout Encik ChentaHati.


last night what i did to fulfill my time because Encik ChentaHati didn't reply any of my messages and answered any of my calls. i watch, Nestle Coffee-Mate short drama. i was touch with the storyline. the story is simple. but i somehow attached it with my life...


http://www.nestle.com.my/coffee-mate/contest




Thursday, June 10, 2010

post-dating-syndrome

well. thanx to the Almighty....

get the chance to meet him last wednesday...tho some miscommunication buat both of us masam muka...then everything end up to be just fine and sweet.

nih teman malas dating nih...naek bas tadi dengar lagu "terimakasih cinta" dah terbayang muka dia.haru ah...mau malam nih termimpi2...rindu yang teman simpan 6bln dah dirungkai dalam 1hari...maka nih la kesan jangka panjangnya....hadoii

to encik chentahati: ai missh yu la sayang. end of june ketemu lagi ya!

Friday, June 4, 2010

leave me clueless

saya penah cakap kan? dh enam bulan saya tak jumpa dia. dan, minggu depan, saya akan jumpa dia. sehari aje. kenapa?sebab bajet saya ciput. tapi saya degilkan diri nak pegi jugak. dan dia, semalam dia cakap, abang dia yang belayar dah pulang esok. lepas nih dia pulak. saya tanya dia, dah dapat offer belayar ke? dia diam. malam semalam saya nak tanya tapi dia langsung tak mesej saya. hari ni, dia cakap..

"datang kL sehari je?"

saya jawab : "pegi 8hb balek 10hb"

"jupe sehari je.lepas ni 6bulan tak jupe terus."

saya tanya: "kenapa cakap macam tu?"

"alang2 nak jupe amek la masa dua hari"

saya tanya lagi: "jawab soalan bby, nape ckap lepas ni 6bln xjupe terus"

"saje2"

saya jawab: "kalo boleh nak spent time lme2 kat Kl...tp x mampu..ujung bulan turun la lg"

"ok"

saya cakap: "abang x cakap pun ea kenapa cakap mcmtu."

"nak g mandi nih"

saya terdiam. saya sedih. kalau betul dapat pegi belayar. alhamdulillah.saya happy tuk dia. tak pernah saya halang. tapi jangan main2 dengan perasaan saya. berlaku jujur dengan saya. saya sedih. saya hampir menangis. saya tak suka dia buat saya macam nih. saya cuba paham keadaan dia. dia paham x perasaan saya?

Thursday, June 3, 2010

renbow itu pelangi

semalam ai kol yu, yu x answer....eh nyanyi2 pulak...okey, sebenanye cmni, ai kecik ati. ai hanta dia wallpost kt fb...saya tanya dia.


"eh awak. awak macam pelangi.indah.cuma bezanya, pelangi hilang.awak kekal.so, sudi jadi pelangi kekal dalam hidup saya?"


bole x encik chentahati saya boleh jawab.

"takmo jdik pelangi"

sentap ai!!!

ade ke xmo jadik pelangi kekal ai...owh...dia kate dia nak jdik apa yang dia jadik sekarang.

ok2...xpe. owg majuk!


Wednesday, June 2, 2010

renbooow

pelangi.
indah
ceria penuh warna

pelangi.
mengasyikkan
mendamaikan lara hati kala hujan

pelangi.
hilang
bila tiba sang mentari

pelangi.

german oh german

sedih.


kecewa.

hati hancur.

kenapa?

hari tu, pergi Perlis...terus ke PadangBesaq....encik chentahati pesan nak jersey....dia kate jersey German.okeh la...daku pon beli la....pastu kan.....hari ahad pegi la pos...eksaited!!!

tadi encik chentahati kol.

encik chentahati: sayang!!jersey German tuh besar!!!!

me: owhh alaaa mane taw...org kedai ckp size tuh size M...org rembat ah...

encik chentahati: huhuhu...xpe la bg org je.

owhhh seyes. hati kecewa.