Friday, October 16, 2009
jauh
Posted by LeeDya at 10/16/2009 10:41:00 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
.......
si dia dah hampir tiba di Sabah. Saya sedih tp saya sedar saya harus gembira bersama dengan dia kerana dia gembira. maaf jika saya seperti pentingkan diri sendiri. saya takut sebenarnya.
hati menjadi kusut
memikirkan tentang kita
kamu jauh diselatan
aku masih diutara
kekasih
janji jangan lupakan aku
janji jangan pernah sakitkan hati aku
janji jangan lukakan hati aku
janji jangan calarkan kepercayaanku
kekasih
walau nanti kita menjauh
percayalah
hati ini hanya tertulis nama kamu
cinta ini hanya pada kamu
rindu ini hanya untuk kamu
kekasih
tolong berikan aku sedikit kekuatan
supaya nanti aku tidak kekok tanpa kamu
tolong beri aku ketenangan
biar aku bisa terus tersenyum
kekasih
kamu boleh kamu berjanji untuk terus denganku?
Posted by LeeDya at 10/15/2009 08:28:00 PM 2 comments
Gadis Jelita dan Dua Rakan Alami Trauma.
Alor Setar, 16 oktober 2009: sebuah kereta Myvi telah merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Kilang Tebu, disini semalam.
kejadian dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang. kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang gadis jelita berkebaya merah. Saksi kejadian memberitahu, sebelum kejadian, gadis jelita tersebut mahu membetulkan kedudukan tayar keretanya. namun atas akibat keadaan diri beliau yang sangat penat, beliau bertindak diluar kawalan dimana beliau didapati menekan pedal minyak dan terus merempuh pintu pagar rumah berkenaan.
gadis jelita yang juga pemilik Myvi berkenaan mengalami trauma yang agak teruk kerana beliau baru sahaja memiliki lesen memandu dan semalam merupakan genap sebulan umur kereta tersebut.
dua lagi rakan beliau yang juga saksi kejadian turut mengalami trauma dan sehubungan dengan itu, mereka bertiga mengambil cuti sakit dan berehat dirumah.
Posted by LeeDya at 10/15/2009 08:17:00 PM 4 comments
Wednesday, October 14, 2009
farewell and goodbye (selamat tinggal)
Episod hidup saya di UIA@IIUM sudah pun berakhir. sedih!
esok encik chenta hati akan berangkat ke Sabah selama dua minggu, mungkin lepas dua minggu tu dia akan sibuk dengan tugasan ditempat praktikal (mungkin di JOHOR BAHRU) makanya, saya sangat atau tersangat sedih. saya macam tak mampu nak ucapkan apa2 ag dah. saya gembira untuk dia. tapi saya takut memikirkan keadaan yang mcm ni. saya nak menangis. tapi belum mampu untuk menangis. tak tau kenapa. dan sekarang, saya semakin dapat merasakan yang kehidupan saya akan menjadi semakin sunyi. kawan2 baek semakin menjauh. kawan2 uia dah sememangnya jauh,dan encik chenta hati juga sangat jauh. SEDIH!!
Posted by LeeDya at 10/14/2009 12:20:00 PM 1 comments
Thursday, October 8, 2009
i don't have any reason to smile.
has been a long time since i write a new entry, but today, i do feel like i need to write something. there's a feeling deep inside urging to get out.
mula2 rasa sangat kecewa bila cuti seminggu yang dipohon kena reject bulat2 oleh "SIRAM"....sepanjang perjalanan balek kami memaki hamun dia.
tapi, bila difikirkan, encik is masih didarat semasa convo nanti. hati sedikit terubat.
tapi.........tadi, encik is cakap, esok dia kena balik BP. sabtu, isnin n selasa ada kerja dengan lawyer dan court.
makna kata, dia xde la mase sy convo nanti.
jujur saya katakan, hati sy sangat sedih. sy masih boleh terima andai dia tak dapat datang sebab sedang belayar.
entah la..x patot sy jadi selfish kan?
Posted by LeeDya at 10/08/2009 12:23:00 PM 0 comments